Tempatan

Isu Dana RM600 Bilion: SPRM Bakal Panggil TS Muhyiddin, Tengku Zafrul & Khairy Jamaluddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2022 – Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijangka akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19, menurut sumber.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan bila ketiga-tiga mereka akan dipanggil untuk direkod keterangan.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan suruhanjaya tersebut telah membuka siasatan berhubung dakwaan itu dan difahamkan siasatan hanya di peringkat awal, dengan persediaan dibuat sebelum individu dipanggil untuk direkodkan kenyataan mereka.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tidak takut disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak yang mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank yang bukan di bawah kawalannya.

Beliau yang juga Presiden BERSATU menyatakan, tidak pasti bagaimana angka RM600 bilion itu dipetik, jika pun ia merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan ketika menerajui Kerajaan, semuanya berjumlah RM530 bilion.

Turut menyangkal dakwaan tersebut, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion.

Terdahulu, kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: