Tempatan

Isu Cikgu Fadli: Presiden iGuru Gesa KPM Responsif

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – Isu Perjuangan Kebajikan Pelajar Sekolah oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh yang tular baru-baru ini turut mendapat reaksi dari Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan.

Menurutnya, kita perlu melihat dari dua sudut mengenai dakwaan berhubung sistem pendidikan dan silibus di sekolah seperti yang dikatakan sudah agak tidak relevan hari ini.

Pertamanya, dari sudut Cikgu Mohd Fadli Salleh sebagai penjawat awam. Maka sebagai penjawat awam kita terikat dengan etika penjawat awam dan sudah tentu tidak boleh sewenang- wenangnya mengeluarkan apa-apa pandangan sebagai penjawat awam melainkan dengan kebenaran.

“Hal ini kerana tindakan menggunakan medsos boleh dianggap sebagai mencabar institusi tempat kerja.”

Maka, sudah tentu tindakan tatatertib yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah mengikut prosedur yang ketat dan amat teliti.

Bagaimanapun, jika diamati dari sudut kedua, maka kalau kandungan ucapan Cikgu Mohd Fadli Salleh, ada kewajaran dan kebenarannya,” ujar beliau, sudah sewajarnya KPM perlu responsif dan mengambil tindakan apa yang dinyatakan oleh Cikgu Fadli tersebut.

“Saya yakin KPM sudah ambil tindakan dari beberapa cadangan tadi cuma ada beberapa perkara perlu melalui prosedur tertentu untuk dilaksanakan dan mengambil masa sebelum boleh dipraktikkan secara berkesan,” katanya.

Ditanya, sebagai guru dan mereka yang bergelumang dengan dunia pendidikan benarkah dakwaan yang dibuat Cikgu Fadli tersebut?

Ustaz Azizee Hassan berkata, apa yang diutarakan memang telah menjadi isu. Ia bukan sekarang tetapi sudah bertahun. Isu beban beg, isu kepadatan jadual waktu, silibus berat, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan sebagainya.

“Tinggal lagi bagaimana cadangan tersebut dapat diberi perhatian oleh KPM sahaja,” katanya.

Namun, sebagai guru-guru kita perlu bijak menyalurkan pandangan melalui saluran yang betul. Bukan menambahkan lagi masalah dan mengundang persepsi negatif kepada imej KPM.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah pendekatan yang harus diambil semua pihak agar penyelesaian menang-menang dapat dicapai?

Justeru, kita tunggu laporan jawatankuasa tatatertib. Kita harap ada jalan penyelesaian yang harmoni antara kedua belah pihak.

“Saya harap tidak ada campur tangan mana- mana parti politik. Keutamaan pendidikan perlu diletakkan di hadapan dan sistem pendidikan negara perlu direformasi ke arah lebih baik dan bebas,” tegasnya.

Beliau turut berharap pihak KPM dapat membuat keputusan yang bijak tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dengan mengambil kira semua sudut.

“Ia penting bagi memastikan penjawat awam akur dan berdisiplin dan tidak mudah mengeluarkan apa-apa pandangan yang boleh menjejaskan reputasi sebagai penjawat awam,” ujarnya.

Cadang Ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Pendidikan, Bebas Dari Pengaruh Politik

Ditanya apakah cadangan beliau untuk penambahbaikan kepada sistem pendidikan sedia ada?

Ustaz Azizee Hassan menyarankan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Pendidikan di mana suruhanjaya ini mestilah bebas dan yang tidak dipengaruhi kepentingan politik.

Jelasnya, perlu juga dikaji dan disemak semula akta sedia ada bagi membolehkan ada mekanisme tertentu bagi penjawat awam menyampaikan maklumat dan cadangan ke saluran yang tepat dan berkesan.

Tambah beliau, selain itu perlu juga diwujudkan jawatankuasa khas melibatkan semua pemegang taruh pendidikan negara termasuklah (kesatuan, ibu bapa, pakar pendidikan, NGO pendidikan) untuk melihat dan mengkaji dasar-dasar pendidikan agar lebih berkesan supaya kebaikannya dapat dirasai secara kebersamaan demi untuk penambahbaikan dan lebih melestarikan sistem pendidikan negara pada masa hadapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: