Tempatan

Isu Cek Wah Chai ‘Tidak Halal’: Salah Satu Bentuk Islamofobia – Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dalam sebuah hantaran beliau di Facebook menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa cek Persatuan Wah Chai tidak diterima oleh Bank Muamalat kerana ‘tidak halal’ adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan mencemarkan nama baik agama Islam.

“Wakil daripada Wah Chai yang buat ‘andaian’ sendiri kemudian disebarkan pula oleh James Chin,” ujar beliau.

Baru-baru ini, telah tular di Twitter milik James Chin satu dakwaan bahawa Bank Muamalat menolak cek dari Persatuan Wah Chai kerana cek tersebut didakwa ‘tidak halal’.

“Sebuah cek yang diserahkan oleh satu gereja ditolak oleh Bank Mua***t di Seremban dua kali kerana ia dikira tidak halal kerana ia diserahkan oleh sebuah gereja. Ia akhirnya diluluskan setelah ADUN setempat masuk campur,” berikut kenyataan James Chin melalui Twitter beliau.

https://twitter.com/jameschin110/status/1474859850400026624

Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar menyatakan bahawa hal tersebut sebenarnya hanyalah isu teknikal namun tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak boleh menyebabkan kekacauan dan memburukkan Islam.

Muhamad Radzuan Rahman, ketua bahagian operasi perbankan Bank Muamalat menerangkan bahawa cek tersebut ditolak kerana nama yang diletakkan pada cek tidak sepadan dengan nama yang ada dalam sistem bank. Beliau turut menegaskan tiada istilah ‘cek tidak halal’.

“Biar saya jelaskan yang tidak wujud ‘cek halal’ atau ‘cek tidak halal’,” ujar Muhamad Radzuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: