Tempatan

Isu Buli, Tiada Kompromi – Radzi Jidin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGAI SIPUT, 25 Ogos 2022 – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dan akan bertegas dengan isu berkaitan buli.

Ini adalah kerana, sejak portal aduan buli dilancarkan pada 18 Ogos lalu, jumlah aduan berkaitan kes buli yang diterima pihak KPM mengalami peningkatan kepada 69 kes.

“Mesej yang hendak disampaikan, kita tegas apabila menyentuh isu berkaitan buli dan tidak akan berkompromi,” ujarnya selepas program Wacana Dr Radzi Jidin Bersama Komuniti Orang Asli di Pusat Pentadbiran dan Pusat Komersial Asli, hari ini.

Kata beliau, siasatan akan terus dijalankan sejurus aduan diterima supaya isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.

Bagaimanapun katanya, sesetengah aduan memerlukan tempoh masa yang lebih lama berikutan sesetengah daripadanya memerlukan penyiasatan yang mendalam.

“Kalau mulakan siasatan dengan ada tempoh masa ia akan membawa kepada keadaan jika tempoh itu terlalu pendek, tak sempat siasat habis dah buat kesimpulan,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini, Portal Aduan Buli Peringkat Daerah Kuala Muda telah dilancarkan bertujuan untuk membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dapat dilaporkan secara terus kepada KPM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: