Tempatan

Isu Biasiswa Pelajar Bumiputera: Reset Semula Sebelum Semuanya Hancur Lebur – Tan Sri Profesor Emeritus Dr Ibrahim Abu Shah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 April 2023 – “Orang Melayu kena stop dan reset semula sebelum semuanya hancur lebur-seleburnya, bukalah mata, apa salahnya sedar sebelum terlambat,” ujar mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Profesor Emeritus Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau berkata demikian menyentuh isu biasiswa pelajar Bumiputera yang dibangkitkan PUTRA sebelum ini yang menurutnya bukanlah perkara baru.

Walhal, benda ini memang telah termaktub di dalam Perlembagaan bahawa kita mempunyai hak percentage tertentu yang tinggi yang diberikan kepada anak Bumiputera tetapi sikit demi sikit kita telah begitu longgar sehingga kita tidak lagi mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan dan hari ini ianya semakin teruk dan saya nampak trendnya berbahaya daripada kedudukan kaum Bumiputera orang Melayu.

“Saya benar-benar mengharapkan Kerajaan pada hari ini hentikan sepenuhnya perkara ini daripada berlarutan, sebab kalau tidak nantinya saya rasa hak kita yang termaktub di dalam Perlembagaan akan habis semuanya.”

Hari ini, memang saya lihat biasiswa ini bahkan untuk pengetahuan biasiswa JPA yang dahulunya majoriti khas untuk majoriti orang Melayu bumi, hari ini yang mendapat biasiswa JPA khususnya yang untuk Ivy League, top ten university in the world melebihi 80 peratus adalah kaum bukan bumi khususnya kaum Cina.

Perkara ini, memang tersasar sangat walaupun dikatakan ianya berdasarkan kepada merit tetapi dari segi Perlembagaan kemungkinan besar (saya sedang menulis tentang perkara ini) yang mendapat hampir melebihi 80 peratus ini biasiswa Ivy League University majoriti kaum Cina mereka adalah daripada kaum Cina pelajar-pelajar Sekolah Cina Persendirian yang bukan Sekolah Kebangsaan.

Ini adalah, satu perkara yang saya rasa mereka tidak adil kerana sewajarnya kita memberikan walaupun merit mesti berdasarkan kepada sekolah kebangsaan arus perdana apatah lagi pelajar-pelajar ini sudah pasti majoritinya tidak fasih berbahasa Melayu dan kemungkinan juga pelajar-pelajar ini daripada kumpulan-kumpulan pelajar-pelajar Cina yang memang tidak boleh berbahasa Melayu dan kurang jati diri Malaysia.

Tambah beliau, walaupun, dikatakan meritokrasi tetapi kita kena berbalik kepada Perlembagaan sewajarnya kalau kita nak mengukur sekolah kebangsaan kita hanya fokus kepada pelajar sekolah arus perdana.

Seperkara lagi, pelajar-pelajar yang diterima untuk ditawar biasiswa JPA ini termasuk di Ivy League University yang ternama yang saya katakan melebihi 80 peratus dimonopoli oleh kaum lain mereka juga ramai yang datang daripada IPTS daripada pelajar-pelajar yang private.

Perlu diperhalusi, perkara ini dan harapan saya Kerajaan yang baru ini perlu reset semula, apa yang lepas tu lepaslah. Kita tidak boleh menuding jari tentang perkara yang lepas tetapi mesti ada political will terutamanya saya katakan Prime Minister yang baru ini mempunyai sokongan yang padu daripada orang-orang bukan Melayu tidak kira orang Cina ataupun orang India apakah mungkin beliau memujuk ataupun menyakinkan kaum-kaum lain supaya menerima hakikat kita kena mengikut Perlembagaan secara total.

Mengikut Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu kalau sekiranya Artikel 153 itu mengatakan hak keistimewaan orang Melayu berapa persen maka you stick to that lah. Janganlah, kita tahu pada tahap ini orang Melayu dah berpecah jadi kita gunakan pengaruh kaum-kaum lain untuk pressure ataupun untuk mengugut Kerajaan kalau tidak bagi maka kita tidak undi, ini tidak berapa baguslah dalam sebuah negara yang kita lihat pada hari ini tak habis-habis lagi dengan masalah perpaduan.

“Saya tidak bercakap dari segi biasiswa sahaja, kita ambil kesempatan Kerajaan baru melihat dari aspek-aspek lain juga yang melibatkan hak kaum bumiputera aspek-aspek yang melihat kembali sekolah vernakular kalau dari segi perpaduan apakah sesuai ataupun tidak sesuai.”

Walhal, seluruh dunia tidak mengamalkan vernakular bahkan, Singapura pun mempunyai satu aliran sahaja walaupun majoriti orang Cina. Bahkan, seluruh dunia mempunyai satu aliran melainkan ianya private itu lainlah. Tapi yang itu Kerajaan jangan bantu satu sen haram pun, tak boleh sebenarnya.

Tetapi sekarang, semua dibantunya dan itu sudah lari jauh. Singapura sendiri sangat bertegas walaupun orang Cina sendiri mereka tidak kisah jika dari private school maka mereka tidak akan dibantu pun.

Negara ini, kita kena berbaliklah, saya menegaskan supaya ambik kesempatan dengan Kerajaan baru ini kita betulkan perkara yang berlaku, jadi rakyat akan menghormati Kerajaan dan pemimpin.

Berbalik semula, kepada Perlembagaan dan hak keistimewaan orang Melayu ini. Jadi, banyak benda yang perlu diperbetulkan sekolah vernakular, penggunaan Bahasa Melayu, IPTS yang tidak menekankan kepada kepentingan penggunaan Bahasa Melayu dan perkara-perkara ini semuanya perlu dilihat semula secara keseluruhan.

Tambah tokoh pendidikan itu, kita bukan marah pada kaum lain, kita hanya mengatakan tentang hak kita di mana hak ini termaktub di dalam Perlembagaan.

Sebagai pengetahuan, termaktub Artikel 153 Perlembagaan ini bukan dibuat oleh kita sebaliknya, ianya dibuat oleh pihak British maksudnya pihak British yang memulakan konsep ini dan itu merupakan satu langkah yang cukup-cukup liberal yang membuka peluang kepada kaum lain pada masa kemerdekaan itu. Walaupun, itu kiranya yang paling lekeh yang kita dapat sebenarnya yang ditetapkan oleh pihak british.

Apabila mereka menggubal Perlembagaan dan yang menggubal Perlembagaan pun tak seorang pun orang Melayu ada. Maksudnya, kalau masa menggubal undang-undang itu ada empat lima kerat pemimpin-pemimpin Melayu mungkin dia bias untuk kepentingan Melayu tetapi masa itu tidak ada orang Melayu terlibat dan rakyat Malaysia kena faham ini dibuat oleh pihak mereka dan pihak British.

Jadi, perkara paling lekeh yang kita dapat yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan perjanjian, sosial kontrak kita dipersoalkan seolah-olah kita pula yang perkauman.

Maka, pada sayalah mesti ada kesedaran balik, bukan kita nak menyoal hak orang lain. Cuma, apa yang saya bimbang pada hari ini orang Melayu tak kisah hak mereka dilelong disebabkan kita semua hanya menekankan kepada kita nak berkuasa dan apabila berlaku perkara ini di mana pemimpin-pemimpin Melayu leka dan lalai. Maka, kita akan terhapuslah satu persatu dan memang saya nampak.

Bangsa Cina contohnyalah, walaupun mereka itu DAP ke, Gerakan ke, MCA ke cuba usik tentang education mereka, usik tentang bahasa mereka, usik Ladang Musang King contohnyalah mereka akan bersatu bagai nak gila.

Sebaliknya, kita pula mengutuk bangsa kita sendiri pula yang rasis. Apa yang berlaku pada bangsa kita adalah jelas depan mata, kita tak bersatu dan kita biarkan dan ada pula orang Melayu bila kita sound dia boleh katakan kita pula yang rasis dan anti orang bukan Melayu. Perkara ini, yang saya takutkan akan berlaku kepada bangsa Melayu.

“Boleh saya katakan tidak ada satu bangsa pun dalam dunia ini yang tidak sayang kepada bangsa mereka sendiri melainkan orang Melayu,” ujarnya.

Sebab apa ini berlaku, sebab mereka lalai leka dengan jawatan, kuasa dan wang dan mereka dimainkan oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai kuasa dalam semua bidang ini, dipergunakan, dicucuk dan dilaga-lagakan kata kita adalah rasis walaupun kita tidak rasis.

Justeru, suka saya ulangi dan ingatkan agar orang Melayu kena stop dan reset semula sebelum semuanya hancur lebur-seleburnya, bukalah mata, apa salahnya sedar sebelum terlambat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: