Tempatan

Isu Bekalan Telur: Kartel Dakwa Telur Ayam Rosak, 15 Peratus Terpaksa Dilupuskan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 November 2022 – Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau menegaskan bahawa antara masalah kekurangan bekalan telur adalah disebabkan kira-kira 15 peratus telur terpaksa dilupuskan akibat rosak atas pelbagai faktor.

Masalah ini bukan disebabkan kerana ada penternak bertindak menyorok bekalan telur, katanya lagi seperti dalam laporan portal tempatan.

Selain itu, antara faktor utama krisis bekalan telur adalah kerana peningkatan kos penternakan anak ayam yang terlalu tinggi sehingga semakin sukar ditampung penternak.

“Sebelum ini, kos pengeluaran telur masih boleh ditampung kerana kos operasinya tidak terlalu tinggi. Bagaimanapun pada 2020 dan 2021, kos terus meningkat secara mendadak disebabkan harga dedak naik hampir 100 peratus,” kata Lee Yoon Yeau.

Tambahnya, rata-rata penternak mendakwa mengalami kerugian sejak tiga tahun lalu untuk menanggung kos operasi tinggi sepanjang tempoh anak ayam untuk mencapai tempoh matang bertelur yang mengambil masa sekurang-kurang enam hingga tujuh bulan.

Keadaan itu menyebabkan ada penternak yang terpaksa memulangkan semula sebahagian anak ayam yang diternak kepada pembekal.

“Walaupun penternak ingin menaikkan harga telur bagi menampung peningkatan kos itu, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana perlu mematuhi kawalan harga ditetapkan Kerajaan,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan bahawa status bekalan telur semakin menurun dengan kekurangan sebanyak 96,884,650 biji atau bekalan untuk keperluan tiga hari.

Walau bagaimanapun, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengaku tidak dapat mengambil tindakan segera berhubung isu kekurangan bekalan telur serta peningkatan harga ayam sejak kebelakangan ini, berikutan kedudukan Kerajaan sementara sekarang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: