Tempatan

Isu Banglo Taikun: Wakil PM Lapor Polis Boleh Timbulkan Persepsi Negatif – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2023 – “Menggunakan pihak berkuasa polis bagi tujuan menyelesaikan soalan-soalan yang ditampilkan berkaitan isu integriti terhadap pucuk pimpinan negara itu tidak sihat,” kata Peguam Senior, Haniff Khatri ketika diminta mengulas mengenai isu berkaitan dakwaan rumah Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Sungai Long adalah milik seorang taikun Cina.

Kata Haniff, sekiranya pada 6 Julai 2023 hingga 11 Julai 2023 terdapat penjelasan yang sama yang terkandung di dalam sidang media Setiausaha Politik Anwar Ibrahim tentang kononnya rumah tersebut adalah diambil melalui konsep pajakan untuk tempoh 10 tahun, jika itu dinyatakan sebelum laporan SPRM yang dibuat pada 11 Julai, mungkin ada asas untuk wakil Perdana Menteri membuat laporan polis.

“Tetapi bila tidak ada penjelasan diberikan, dan orang yang meminta penjelasan membuat laporan SPRM, maka yang keduanya, ianya menimbulkan persepsi bahawa laporan polis yang dibuat adalah yang pertamanya, untuk menggunakan pihak berkuasa polis bagi tujuan menyelesaikan soalan-soalan yang ditampilkan berkaitan isu integriti terhadap pucuk pimpinan negara dan itu tidak sihat. Sebab polis mempunyai tanggungjawab melakukan siasatan jenayah lain, bukan secara peribadi,” tegas beliau.

Selain itu, menurut beliau, nasihat yang diberikan oleh peguam kepada Anwar Ibrahim untuk membuat laporan polis atas nama fitnah jenayah sebenarnya memberi persepsi penyalahgunaan kuasa.

“Di dalam kenyataan media, wakil peguam Anwar Ibrahim mengatakan dan mengakui, sekiranya tindakan sivil dibuat, maka ia akan mengambil masa yang panjang. Maka kononnya beliau telah menasihati Perdana Menteri untuk membuat laporan polis, fitnah jenayah.”

“Bukankah itu memberi persepsi penyalahgunaan kuasa? Kerana apabila terdapat pilihan yang jelas, peri undang-undang sivil peribadi, maka ambillah undang-undang sivil peribadi.”

Oleh itu, Haniff menggesa pihak yang bersama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan nasihat yang sepatutnya agar hak rakyat bertanyakan soalan tidak dikekang.

“Maka saya harapkan, bahawa pihak-pihak yang bersama dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi nasihat yang lengkap supaya rakyat tak gusar seolah-olah pada satu nafas, Kerajaan mengatakan bahawa isu integriti dan ketirisan serta salah guna rasuah atau salah guna kuasa adalah menjadi perkara yang perlu dibendung. Tapi pada nafas yang sama, apabila ada aduan dibuat oleh mana-mana pihak, maka laporan polis pula dibuat seolah-olah untuk memberi tekanan, seolah-olah untuk memberi kekangan kepada hak bersuara dan hak rakyat bertanyakan soalan yang munasabah.”

Baru-baru ini, Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhan Fauzi, membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan dibuat bekas anggota Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin (Che’gubard), bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan penulis blog Raggie Jessy Rithaudeen berhubung kediaman di Sungai Long itu.

Laporan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: