Isu Bakar Al-Quran: Umat Islam Digesa Bersolidariti Jumaat Ini
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SHAH ALAM, 26 Januari 2023 – Umat Islam digesa untuk turut serta bersolidariti ke kedutaan Sweden Jumaat ini bagi membantah tindakan membakar al-Qur’an oleh ahli politik sayap kanan Sweden.
“Saya menyeru umat Islam supaya turun bersolidariti bersama-sama membantah penghinaan terhadap agama Islam pada Jumaat ini, 27 Januari di KLCC berarak ke Kedutaan Sweden,” menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahya.
BACA JUGA: CPTPP Akan Tambah Derita Petani – PESAWAH
BACA JUGA: Kuwait Gesa Boikot Negara Yang Tidak Hormat Kesucian Islam
BACA JUGA: Lagi Tindakan Pijak, Koyak & Bakar Al-Quran Di Belanda
Malah, beliau turut menyeru Kerajaan untuk mengusulkan suatu mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang turut melibatkan negara-negara Islam yang lain bagi membincangkan tindakan susulan yang lebih meluas berhubung isu tersebut.
“Setiap ruang diplomatik perlu dioptimum bagi membantah tindakan tersebut dengan tegas,” ujar beliau di laman Facebook rasminya, semalam.
Katanya, pihak Kerajaan wajar untuk menyuarakan amaran tegas ini melalui jalan diplomatik yang ada dan tidak berkompromi dengan sebarang insiden provokatif khususnya melibatkan penghinaan kepada kesucian agama Islam.
Baru-baru ini, Rasmus Paludan yang juga ahli politik Sweden telah mencetuskan sebuah sentimen keagamaan dengan bertindak membakar al-Quran dalam satu demo yang diadakan berhampiran kawasan yang dihuni oleh Muslim.
Tindakan itu mendapat kecaman keras daripada Wisma Putra yang disifatkan sebagai melampaui batas dan garis norma hak kebebasan bersuara termasuk dalam isu pelaksanaan beragama.