Antarabangsa

Netflix Digesa Buang Kandungan Bercanggah Dengan Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 07 September 2022 – Negara-negara Teluk Arab menggesa Netflix membuang kandungan yang dianggap bercanggah dengan nilai agama Islam.

Enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan pengawal selia media Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan mengecam Netflix dengan tindakan undang-undang disebabkan penyiaran kandungan yang dianggap menyinggung nilai Islam dan masyarakat.

“Platform itu dihubungi untuk membuang kandungan ini, termasuk kandungan yang ditujukan kepada kanak-kanak,” ujar kenyataan itu tanpa mengenal pasti secara khusus bahan berkenaan, namun sememangnya ditujukan bagi filem dan rancangan yang memaparkan watak LGBT.

Pihak berkuasa serantau juga akan melakukan tindakan susulan ke atas pematuhan platform berkenaan terhadap arahan dan sekiranya kandungan itu terus disiarkan, langkah undang-undang akan diambil.

Sehubungan itu, kerajaan Emiriah Arab Bersatu turut mengeluarkan kenyataan sama mengenai Netflix mengatakan, ia akan melaksanakan tindakan susulan mengenai kandungan yang disiarkan sekali gus menilai komitmen platform terhadap kawalan penyiaran di negara itu.

Baru-baru ini, TV AL Ekhbariya milik kerajaan Saudi telah menunjukkan klip animasi kabur dari siri televisyen, Jurassic World Camp Cretaceous yang memaparkan dua gadis berpelukan.

Seorang peguam mengatakan, “Ini adalah klip yang sangat malang dan menyakitkan buat anak-anak kita, cucu kita dan generasi seterusnya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: