Tempatan

Isu Air: Kelantan, Sabah, Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Pusat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 02 Jun 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Sabah telah mencapai kata persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu bekalan air di dua negeri itu.

Katanya, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas bersama Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Sabah dengan menetapkan beberapa tindakan segera bagi menyelesaikan isu mendesak itu dengan peruntukan dana disediakan Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan permohonan dana sebanyak RM8 bilion untuk pelaksanaan beberapa projek bekalan air bersih, namun belum ada kata putus sebelum ia dibincangkan terlebih dahulu menerusi pasukan petugas khas,” katanya selepas menyerahkan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani Dalur, pada Khamis.

BACA JUGA: Ibu Maisarah Mahu Akidah Islam Anak Kekal Terjaga

BACA JUGA: Kerajaan Sasar Tutup 300 Tapak Pelupusan Sampah Haram

BACA JUGA: 20 Nelayan Vietnam Ditahan, Ceroboh Perairan Negara

Menurut beliau, pasukan tersebut akan meneliti terlebih dahulu dengan tepat apa keperluan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti aspek pengurusan dan ketelusan dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, masalah bekalan air di Kelantan adalah lebih serius berbanding di Sabah apatah lagi keperluan kewangan sangat tinggi bagi pelaksanaan projek penyelesaian masalah berkaitan.

“Kerajaan Negeri tidak boleh lagi bekerja secara solo kerana memerlukan dana yang tinggi, jadi mereka perlu memastikan penyaluran bekalan air bersih benar-benar sampai kepada rakyat.”

“Dana sebanyak RM8 bilion yang dimohon Kerajaan Negeri Kelantan saya belum bersetuju dan perlu melihat kepada beberapa peringkat keperluan utama.”

“Kelantan tidak ada bekalan rizab air, tetapi mereka memohon 100 peratus keperluan itu, namun kita lihat tiada keperluan sebanyak itu,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri memberikan tempoh masa seminggu kepada pasukan petugas khas itu untuk mengemukakan strategi segera bagi menyelesaikan isu itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: