Tempatan

IPTA Terpaksa Cari Pelajar, Fenomena Tidak Pernah Berlaku Sejak 10 Tahun Lepas – Ustaz Fauzi Asmuni

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAJANG, 16 April 2022 – “Situasi sekarang menyaksikan golongan belia sudah mula tidak mahu mengambil beban untuk belajar di universiti menguasai satu-satu bidang ilmu.”

“Jika tamat universiti pun, berlaku juga suasana di mana mahasiswa menumpukan diri di kerjaya lain di luar dari bidangnya.”

Kebimbangan ini dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni di Facebook miliknya pada Isnin lalu sejurus mendengar tazkirah Profesor Dr Mokmin Basri, Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Masjid KUIS.

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

Baginya, banyak faktor yang menyumbang kepada fenomena ini, antaranya peningkatan kos pengajian di universiti dan kekurangan biasiswa. Adapun pinjaman itu sendiri tidak memenuhi keseluruhan keperluan pelajar di universiti, sehingga perlu ada penambahan dari sumber lain juga.

Selain itu, peluang pekerjaan selepas tamat di universiti yang semakin mengecil dalam kebanyakan bidang akan menyebabkan hutang pinjaman di universiti menjadi beban belia yang terkapai-kapai mencari pekerjaan.

Tambahnya, peluang kerjaya yang lebih mudah tanpa ijazah turut menjadi pilihan belia masa kini.

“Menjadi pemandu Grab mungkin lebih selesa untuk sebahagian belia. Menjadi YouTuber atau Instafamous juga boleh jadi pilihan yang baik untuk menjana kewangan menampung keperluan hidup,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penggunaan media sosial yang meningkat menjadikan belia tidak pandai berinteraksi secara fizikal. Ini sekaligus menjadikan deria kesedaran untuk menanggung beban membangunkan negara secara aktif juga semakin hilang.

Ekoran daripada fenomena ini, katanya, belia akan terjebak ke masalah lain seperti gangguan terhadap keharmonian rumahtangga akibat ketidakstabilan kerjaya dan emosi seterusnya penurunan dalam kemahuan untuk mendirikan rumahtangga dan menanggung beban keluarga.

Akibatnya, purata bilangan anak-anak dalam satu keluarga semakin menurun sekaligus akan memberi kesan kepada kestabilan negara pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Presiden Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu berkata, kelompongan bidang-bidang kritikal juga akan terjadi kesan daripada kekurangan mahasiswa tersebut.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni turut menyeru agar satu langkah drastik diambil sebagai satu penyelesaian kepada negara dalam tempoh 20 tahun akan datang nanti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: