Tempatan

5.76 Tan Metrik Sisa Meningkat Dalam Bulan Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 06 April 2023 – Janaan sisa di Perlis meningkat sebanyak 5.76 tan metrik merangkumi sisa isi rumah, komersial dan kutipan di bazar sekitar negeri itu sejak

BACA JUGA: Penjawat Awam, Guru Kafa Pulau Pinang Bakal Terima Bantuan Khas Aidilfitri

BACA JUGA: Guna Kad Pengenalan Palsu, Penjual Cendol Dipenjara 11 Bulan

BACA JUGA: Serangan Masjidil Aqsa, Menteri Seru Laksana Solat Hajat Hari Ini

Daripada jumlah itu, sebanyak 0.34 tan metrik atau 384 kilogram sisa makanan yang dihasilkan dalam masa sehari dianggarkan mampu menampung kira-kira 1,280 orang sekiranya mengambil purata hidangan seberat 300 gram setiap seorang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata secara keseluruhannya, janaan sisa isi rumah di seluruh negeri itu pula adalah dianggarkan 150 tan metrik atau 150,000 kilogram sehari.

“Secara umumnya, janaan sisa dihasilkan adalah merangkumi tiga pecahan utama iaitu sisa makanan, sisa plastik, sisa kertas dan lain-lain lagi.”

“Mengikut kajian komposisi sisa yang dijalankan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Awam (SWCorp) Negeri Perlis, 40 peratus daripada janaan sisa adalah melibatkan sisa makanan,” katanya.

Untuk mengelakkan pembaziran, pihaknya menasihati orang ramai agar dapat membuat perancangan awal sebelum ke bazar atau memasak sendiri juadah berbuka.

“Selain itu, SWCorp juga telah memuat naik e-poster 30 hari 30 tips hargai makanan bagi mengelakkan pembaziran menerusi media sosial rasminya” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: