Tempatan

Istana Negara Nafikan PM Mengadap Agong

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2022 – Istana Negara telah menafikan laporan yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini untuk memohon pembubaran Parlimen.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.

Ini kerana, sebelum ini timbul dakwaan berkenaan Perdana Menteri didakwa akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi meminta Parlimen dibubarkan segera selepas diarahkan oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri melalui hantaran di Instagramnya.

Dalam pada itu, media tempatan turut melaporkan berkenaan dakwaan Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka Baginda hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: