Tempatan

Bantuan RM15 Juta Kepada Sekolah Persendirian Cina Bukan Hak Tahunan Mereka – Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mei 2023 – “Saya ingin mengambil perhatian tuan-tuan terhadap Seksyen 123 Akta Pendidikan yang menyatakan bahawa bantuan oleh pihak Kerajaan ini kepada sekolah persendirian Cina ini, apa yang dinyatakan di sini adalah, tiada apa-apa jua perkara di dalam akta ini boleh disifatkan sebagai mengenakan apa-apa KEWAJIPAN kepada menteri untuk memberikan bantuan berkenaan,” kata peguam, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz.

Tegasnya, peruntukan tahunan yang diberikan kepada sekolah persendirian Cina itu bukanlah bantuan yang wajib diberikan oleh Kerajaan secara berkala pada setiap tahun.

“Jadi dekat situlah apabila hari ini di dalam akhbar ada pihak-pihak yang menyatakan bahawa tidak perlu persoal bantuan kepada Sekolah Cina, antara alasannya, bantuan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina in telah diberikan oleh Kerajaan sejak 2019 oleh kerajaan Barisan Nasional, oleh kerajaan Perikatan Nasional, oleh kerajaan Keluarga Malaysia dan sekarang disambung oleh kerajaan Madani, jadi sebenarnya ini adalah salah. Menyalahi Seksyen 123 Akta Pendidikan itu sendiri,” kata Mohd Khairul Azam yang turut dikenali sebagai Buzze Azam.

BACA JUGA: Jalan Sekitar Teluk Intan Ditutup Sempena Upacara Agama Hindu

BACA JUGA: Kecewa Bekalan Air Keruh, Penduduk Gali Telaga Baharu Di Musim Kemarau

BACA JUGA: Kontroversi Dana Sekolah Vernakular Cina, Dong Zong Mahu Kerajaan Henti Buat Makluman

Jelas beliau, berdasarkan Seksyen 123 Akta Pendidikan, peruntukan yang diberikan itu sepatutnya adalah bantuan berbentuk one-off.

“Bantuan ini adalah berbentuk one-off, hanya berbentuk sagu hati, berdasarkan kepada budi bicara Menteri Pendidikan, berdasarkan kepada kemampuan semasa Kerajaan.”

Justeru, Buzze Azam sekali lagi menegaskan bahawa peruntukan kepada sekolah persendirian Cina bukanlah satu bantuan yang wajib diberikan oleh Kerajaan secara berkala pada setiap tahun.

Akan tetapi ia adalah semata-mata budi bicara menteri berdasarkan kepada kemampuan Kerajaan pada tahun tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: