Tempatan

Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat, peratus pengangguran menurun – DOSM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2022 – Kadar penyertaan tenaga buruh pada Mei 2022 meningkat sedikit kepada 69.5 peratus manakala peratusan pengangguran terus menurun,” menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd. Uzir Mahidin.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melihat hal ini didorong oleh pertumbuhan guna tenaga yang stabil, pengoperasian kesemua sektor ekonomi dan aktiviti sosial yang dilihat sebagai faktor penyumbang kepada peningkatan permintaan tenaga buruh dalam negara.

Pasaran buruh dijangka berada dalam momentum pemulihan yang positif dalam beberapa bulan akan datang kerana “Dilihat semakin berkembang susulan lebih banyak permintaan dan penawaran buruh berlaku dalam pasaran bagi menampung keperluan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat,” kata Datuk Seri Dr Mohd. Uzir Mahidin dalam kenyataan.

“Di samping itu, kemasukan buruh asing ke dalam negara bagi menangani kekurangan tenaga buruh dalam industri tertentu juga diramal sebagai elemen positif dalam memastikan pasaran buruh kekal stabil walaupun ianya akan membawa kepada lebih banyak persaingan dan pasaran buruh yang lebih mencabar.”

Tahun lepas, negara mencatatkan peningkatan jumlah pengangguran di Malaysia kepada 768,700 orang atau pada kadar 4.8 peratus ketika dunia berdepan pandemik COVID-19.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar yang direkodkan itu disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh pada bulan itu bagi melandaikan melandaikan peningkatan kes harian baharu COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: