Antarabangsa

Israel Rancang Bina 9,000 Penempatan Haram Di Kawasan Bersejarah Baitulmuqaddis

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 16 November 2022 – Pihak berkuasa pendudukan Israel merancang untuk membina 9,000 unit penempatan haram di atas runtuhan Lapangan Terbang Qalandia berhampiran Baitulmuqaddis.

Rancangan itu adalah untuk mengubah tapak lapangan terbang seluas 124 hektar kepada sebuah penempatan haram yang dilengkapi dengan taman rekreasi, hotel, bangunan awam, kawasan komersial dan perumahan pendatang haram Yahudi.

Lapor portal berita Timur Tengah, pada Ogos tahun lalu rancangan tersebut telah pun dikemukakan untuk perbincangan oleh Perbandaran Baitulmuqaddis yang dikendalikan oleh rejim haram aparteid Israel. Namun, ia dihentikan susulan tekanan daripada kumpulan hak asasi manusia dan negara anggota Eropah.

Menurut aktivis Peace Now, Hagit Ofran, pada November 2021 rancangan tersebut telah dibatalkan “di luar meja” namun ia dihidupkan semula baru-baru ini dan akan dibincangkan semula dengan pihak perbandaran.

Perkara tersebut disahkan oleh Ahmad Al-Ruwaidi, Pembantu Kanan Pihak Berkuasa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengatakan bahawa Pihak Berkuasa Palestin telah cuba menghentikan rancangan tersebut dengan menegaskan bahawa tanah itu adalah milik rakyat Palestin.

Menurut Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa serta masyarakat antarabangsa, penempatan rejim haram aparteid Israel adalah melanggar Konvensyen Geneva dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: