Tempatan

Penutupan Jalan Punca Jalan Raya Sesak – TPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 03 Mei 2023 – Penutupan jalan raya antara punca yang dikenal pasti terjadinya kesesakan lalu lintas, ujar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sebuah sidang media.

Katanya, penutupan jalan ekoran pembinaan jalan, bangunan dan infrastruktur harus dikurangkan dan dibuka semula bagi mengatasi kesesakan jalan raya dengan kadar segera.

“Satu koordinasi akan dilakukan segera bagi kawasan pembinaan lebuh raya, bangunan atau lain infrastruktur hendak dikurangkan dan mesti dimaklumkan supaya ada kaedah penyuraian,” jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) Bil 1/2023 semalam.

BACA JUGA: Aktivis Beri Peringatan Tentang Lagu Viral, Takut Tergelincir Akidah

BACA JUGA: 86 Hari Mogok Lapar, Pejuang Palestin Syahid Di Penjara Zionis

BACA JUGA: Bantuan RM15 Juta Kepada Sekolah Persendirian Cina Bukan Hak Tahunan Mereka – Peguam

Tambahnya, penukaran laluan mesti dipercepatkan terutama di waktu puncak, malah beliau juga mengatakan bahawa jalan atau laluan utama ke satu destinasi akan diperluaskan dengan laluan kontra.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa JKMKJR memutuskan supaya isu kesesakan jalan raya diselesaikan lebih awal daripada tahun sasaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu tahun 2030.

Menurut beliau, “Sasaran baharu akan ditetapkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal di bawah JKMKJR.”

Mengulas lanjut, dalam majlis sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya menjangkakan tempoh dua minggu bagi mengatasi masalah ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: