Antarabangsa

Israel Mengaku Serangan Gaza Korbankan Kanak-Kanak – Laporan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 17 Ogos 2022 – Beberapa Pegawai Pertahanan Israel mengesahkan telah menyebabkan lima kanak-kanak Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serangan ke atas Tanah Perkuburan Al-Faluja bersebelahan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Menurut sebuah portal, beberapa sumber pertahanan memberitahu siasatan tentera terhadap serangan 7 Ogos menyimpulkan lima kanak-kanak itu terbunuh akibat serangan udara Israel di sebuah perkuburan Gaza, yang mana kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah bertentangan dengan kenyataan terdahulu yang dikeluarkan oleh beberapa pegawai tentera senior kepada media tempatan.

Tiga daripada kanak-kanak lelaki yang terbunuh dalam serangan itu telah menjalani terapi trauma sebelum kematian mereka iaitu menjadikan seramai tujuh belas orang kanak-kanak antara 49 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan tiga hari tersebut.

Menurut bapa kepada kanak-kanak yang terbunuh itu, beliau yakin bahawa Israel akan bertanggungjawab atas kematian kanak-kanak itu selepas mereka mendengar keterangan daripada saksi mata.

“Ia jelas dari saat-saat pertama empat anak kami dan anak jiran kami terbunuh bahawa peluru berpandu itu adalah peluru berpandu Israel, menurut saksi mata.”

Ibu kepada mangsa yang terbunuh pula menyatakan, serangan itu berlaku beberapa jam sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.

“Hanya dua jam sebelum gencatan senjata diumumkan, dia memberitahu saya dia akan keluar selama lima minit dengan sepupunya,” katanya.

“Seketika berlalu dan kemudian kami terdengar bunyi pengeboman. Kami berlari keluar untuk mencari anak saya dan tiga sepupunya. Tubuh badan mereka terpotong menjadi beberapa bahagian.”

Sebelum ini, beberapa pegawai kanan Israel memaklumkan berkenaan serangan Israel selama tiga hari ke atas kawasan yang dikepung dari 6 Ogos hingga 8 Ogos yang meragut nyawa itu berkemungkinan disebabkan oleh roket Jihad Islam di luar laluan.

Dalam kejadian berasingan yang berlaku sehari sebelum serangan ke atas tanah perkuburan itu, tentera Israel juga dengan pantas menyalahkan Jihad Islam selepas lapan orang, termasuk kanak-kanak, terbunuh dalam letupan di kem pelarian Jabalia.

Leave a Reply

Back to top button