Antarabangsa

Israel Korek Kubur Islam Untuk Bina Taman Bible

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BAITULMUQADDIS, 14 Oktober 2021 – Pihak berkuasa Israel telah menghancur dan memusnahkan sebuah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis bagi membina sebuah taman bertemakan Bible.

Tulang-belulang, tengkorak dan rangka umat Islam bertaburan setelah majlis perbandaran Israel menggunakan mesin jentolak memusnahkan Tapak Perkuburan Al Yousifieh, kata Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Tanah Perkuburan Islam, Ahmed al-Dajani.

Perkuburan Islam yang sudah pun mencecah ratusan tahun itu juga merupakan tempat bersemadinya penduduk Islam yang syahid dalam konflik peperangan memerangi Israel pada tahun 1948 dan 1967.

“Tapak Perkuburan Al Yousifieh yang terletak bersebelahan tembok mengelilingi kota lama itu merupakan satu daripada tanah perkuburan Islam tertua di Baitulmuqaddis.”

Mahkamah Israel memberi kebenaran kepada Direktorat Arkeologi untuk melakukan kerja-kerja di tapak berhampiran tanah perkuburan itu,” tambah Ahmed.

Justeru ikrar Ahmed, Israel akan berdepan tindakan undang-undang sebagai tindak balas terhadap perbuatan memusnahkan kubur tersebut.

Perkara sama juga terjadi pada tahun 2016 apabila Pihak Berkuasa Taman dan Alam Semula Jadi Israel diiringi tentera Israel menceroboh kawasan perkuburan Bab al-Rahma, kawasan perkuburan bersejarah bersebelahan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan memusnahkan perkuburan tersebut.

“Israel mahu menjadikan kawasan perkuburan sebagai taman negara bagi penduduk Yahudi,” kata Ketua Jawatankuasa Pemeliharaan Perkuburan Islam di Baitulmaqdis, Mustafa Abu Zahra.

Leave a Reply

Back to top button