Antarabangsa

Israel Didakwa Guna Peluru Yang Mampu Mencairkan Organ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 28 Oktober 2023 – Rejim haram aparteid Israel didakwa menggunakan peluru yang mampu mencairkan organ individu yang tercedera, menurut Salama Maarouf, Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, seperti yang dilaporkan Islamic Republic News Agency.

Lapor berita tersebut, Salama turut mendakwa bahawa serangan udara Israel yang berlanjutan juga telah menyebabkan separuh daripada unit kediaman di Semenanjung Gaza musnah.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengkritik masyarakat antarabangsa kerana apa yang beliau gambarkan sebagai memberi lampu hijau kepada rejim Zionis untuk mengebom Gaza dan menyatakan bahawa mereka turut serta dalam jenayah rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Serangan tanpa henti itu telah menyebabkan lebih 7,000 nyawa rakyat Palestin terkorban di mana lebih separuh daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Sebelum ini, samudera.my yang memetik kepada Human Right Watch melaporkan bahawa rejim haram apartheid Israel didakwa menggunakan bom yang terlarang di Gaza iaitu bom fosforus putih dalam operasi ketenteraan di Gaza dan Lubnan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: