Tempatan

Isu Bekalan Telur: Sumber Dakwa Peniaga dan Pemborong Berpakat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – “Menjadi tiba-tiba ada telur, itu antara peniaga dengan pemborong. Di peringkat pengeluaran masih lagi kurang seperti sebelum ini.”

“Tetapi di peringkat peniaga dan pemborong, mungkin kedua-duanya ada pakatan perniagaan tertentu. Saya pun terkejut, bila orang cakap kerajaan baharu, tiba-tiba telur ada. Jadi, kita pun rasa pelik juga,” kata satu sumber dalam industri ayam dan telur kepada sebuah portal tempatan mengenai isu bekalan telur yang sedang melanda negara.

Jelas sumber, bekalan telur yang didakwa tiba-tiba kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin berlaku tetapi dalam skala kecil dan bersifat terpencil.

Namun katanya, merujuk gambar yang tular di media sosial kononnya ada segelintir pasar raya tiba-tiba mempunyai bekalan telur yang banyak, hal itu tidak melibatkan pengeluar peringkat ladang, sebaliknya peniaga dengan pemborong telur sahaja.

Hakikatnya di peringkat ladang ayam telur, bekalan masih kurang dan tidak ada peningkatan mendadak secara tiba-tiba, katanya lagi.

Satu lagi sumber dari penternak wilayah tengah pula berpendapat sebaliknya di mana beliau menegaskan bahawa memang wujud lambakan telur di sesetengah tempat.

“Sebelum ini, di peringkat pemborong, telur ini ada, tapi semua dieksport keluar negara. Kenapa ada lambakan sekarang? Macam biasa, ia ada kaitan dengan rangkaian perniagaan yang kompleks membabitkan ideologi. Jadi, mereka mahu menyusahkan rakyat.”

“Isunya, Kerajaan masih lagi bagi subsidi kepada gergasi-gergasi telur ayam ini. Kita sudah tahu, kartel ini belot terhadap keselamatan makan negara, tapi hulur lagi subsidi. Sudahnya, subsidi kita hangus, kita punya bekalan tetap tiada,” ujarnya dengan kesal.

Terdahulu, samudera.my melaporkan, Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau menegaskan bahawa antara masalah kekurangan bekalan telur adalah disebabkan kira-kira 15 peratus telur terpaksa dilupuskan akibat rosak atas pelbagai faktor.

Menurutnya, antara faktor utama krisis bekalan telur adalah kerana peningkatan kos penternakan anak ayam yang terlalu tinggi sehingga semakin sukar ditampung penternak, bukan kerana ada penternak bertindak menyorok bekalan telur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: