Tempatan

Ambil Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing – SUHAKAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JASIN, 10 Februari 2023 – Kerajaan digesa untuk menggajikan bekas banduan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja yang menggunakan khidmat warga asing.

“Sekarang ini kalau isunya susah nak dapat pekerja asing disebabkan terlalu banyak peraturan ini adalah cara yang terbaik,”

BACA JUGA: Tiada Apa Di Dunia Ini Yang Tiada Ancaman – Hj Aminuddin

BACA JUGA: Projek Pelabuhan Laut Dalam Melaka, Bertindih Zon Warisan Sejarah

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

“Kita tahu penjara ada mengeluarkan juga barang-barang industri seperti makanan, ambil sahajalah mereka bekerja dalam industri,” kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam sidang media selepas Program Youturn Day: Welcomin Prisoner Back To Society di Penjara Kajang, semalam.

Jelas beliau, ia secara tidak langsung akan membuka peluang kepada banduan selain mereka juga dapat kembali kepangkuan keluarga.

Kenyataan beliau itu adalah susulan daripada ucapannya yang terdahulu mengatakan, banduan berdepan dengan cabaran untuk mengintegrasikan semula diri mereka dalam kalangan masyarakat.

Katanya, golongan ini seakan-akan terus dihukum oleh masyarakat dan dibimbangi mereka akan mengulangi kesalahan yang sama apabila menghadapi kesukaran kehidupan.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak Kerajaan, keluarga, masyarakat mahupun penggerak industri untuk memainkan peranan dalam pengintegrasian semula bekas banduan ini dalam komuniti agar mereka dapat memulakan kehidupan baru dan tidak terjebak lagi dengan kesalahan lampau.

Pada 10 Januari lalu, Kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja serta mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja asing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: