Tempatan

Ismail Sabri Selesai Angkat Sumpah PM Ke-9

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2021 – Ismail Sabri Yaakob secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 sebentar tadi di hadapan yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara, pada jam 2.30 petang.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan Isnin lalu dibuat selepas Seri Paduka mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pukul 2.30 petang semalam.

Apa yang ditunggu rakyat seterusnya adalah senarai Ahli Parlimen yang bakal menganggotai pembentukan Kabinet Perdana Menteri Ke-9 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: