Tempatan

Islamofobia Sering Dicipta Bertujuan Menakutkan Bukan Islam – Pengerusi UMMAH

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2023 –”Islamofobia dicipta oleh pihak tertentu di barat dan digerakkan secara terancang ke serata dunia bagi memomokkan dan memperlihatkan Islam agama yang ekstrem bagi tujuan menakutkan orang bukan Islam kepada Islam,” ujar Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH, Cikgu Mohd Zai Mustafa.

Menurutnya, oleh sebab itu umat Islam mesti mengenal pasti provokasi Islamofobia ini dengan memperlihatkan Islam yang harmoni, perdamaian dan memberi rahmat kepada semua pihak.

Sewajarnya, aktivis Islam sentiasa memperlihatkan sikap dan adab yang disenangi dan dihormati oleh semua pihak dan tidak bertindak ekstrem kepada provokasi yang cuba dilakukan oleh pelbagai pihak yang tertentu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai apa yang boleh aktivis Islam melawan Islamofobia untuk membantu seorang guru yang didakwa membuat cubaan menukar agama anak muridnya atas alasan karier sukan.

Mohd Zai berkata, Islam adalah agama yang menyeru kepada kebaikan dan rahmat untuk semua manusia. Islam bukan kepunyaan bangsa tertentu sahaja sama ada Melayu atau orang Arab. Islam untuk semua manusia. Dakwah Islam boleh disebar luaskan kepada semua manusia di Malaysia tanpa sebarang sekatan.

Tambahnya, peranan dan tanggungjawab ini dimainkan oleh agensi rasmi seperti seperti YADIM di bawah agensi agama JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri serta NGO naungan Kerajaan seperti PERKIM dan lain-lain NGO yang bersekutu.

Jelas beliau, Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong menjaga kelangsungan agama Islam di negara ini berjalan dengan baik dalam masyarakat majmuk berbilang kaum di negara ini.

Ditanya mengenai peruntukan Perlembagaan Malaysia tidak menghalang dakwah agama Islam kepada bukan Islam beliau berkata, sebagaimana yang kita tahu JAKIM agensi yang ditubuhkan dan dipertanggungjawab oleh Kerajaan bagi menjaga dan membangunkan agama Islam di negara ini termasuk menyebar luaskan agama Islam tanpa paksaan kepada orang yang bukan beragama Islam di negara ini.

Bagi individu yang nak memeluk Islam mereka boleh datang ke bahagian yang berkaitan di JAKIM atau agensi agama Islam di negeri-negeri. Peranan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan.

Terdahulu, isu ini menjadi tular selepas ibu murid berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai “Vasan” tampil bersama Pengerusi Persatuan Agamam Ani Hindu Malaysia, Arun Doraisamy, bagi mengadakan sidang media untuk membesarkan isu berkenaan yang diterbitkan sebuah portal mengenai dakwaan salah laku guru berkenaan kerana dikatakan bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (yang menjamin kebebasan beragama).

Bagaimanapun, portal berkenaan kemudian telah mengeluarkan:

NOTA EDITOR: Laporan ini dipinda sedikit untuk menggambarkan bahawa kenyataan berkaitan kemasukan ke stadium itu sebenarnya dibuat oleh rakan pelajar terbabit, bukannya guru.

“Dalam kes ini, budak lelaki itu masih di bawah umur, jadi cubaan menukar agamanya tanpa kebenaran ibu bapanya adalah melanggar perlembagaan dan menyalahi undang-undang,” kata Arun.

Justeru, jika menyemak semula isu ini sebenarnya tidak akan berlaku pun penukaran agama budak lelaki berkenaan jika pun dia sendiri berminat memeluk Islam kerana dia tetap perlukan kebenaran daripada ibu bapanya disebabkan masih berada di bawah umur, tegas Mohd Zai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: