Islamofobia: Cederakan Keluarga Muslim Sedang Berkelah, 4 Lelaki Ditahan
WEST MIDLANDS, 01 Jun 2023 – Empat lelaki ditahan selepas menyerang dan mencederakan keluarga Muslim yang sedang berkelah di Doebank Park, berhampiran Barr Beacon Hills di Walsall, West Midlands.
Menurut laporan portal antarabangsa, sekumpulan lelaki bersenjata melemparkan perkataan berbaur perkauman dan kemudiannya menyerang keluarga Muslim di Doebank Park pada Ahad, 28 Mei baru-baru ini.
BACA JUGA: GEMPAR! Penyelidik Temui Rangka Manusia Prasejarah Di Gua Musang
BACA JUGA: Ringgit Lemah: Harga Ubat-Ubatan Dijangka Bakal Naik
BACA JUGA: Solat Hajat Berikutan Cuaca Panas Diadakan Hari Ini
Justeru pihak polis melakukan siasatan terhadap insiden Islamofobia itu yang menyaksikan dua ahli keluarga terbabit mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.
Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan empat lelaki berumur 38, 39, 55 dan 58 tahun kerana disyaki melakukan serangan.
Sebelum ini, sebuah organisasi bebas, Documenting Oppression Against Muslims (DOAM) memuat naik sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai menyerang sebuah keluarga di Doebank Park, berhampiran Barr Beacon Hills di Walsall, West Midlands.
Dalam kenyataan DOAM, lelaki berkenaan menjerit “Muslim Kotor, Ini Negara kami. Kami di sini adalah untuk melakukan kerosakan dan menghantar anda pulang ke negara anda.”
Difahamkan, kumpulan lelaki itu telah menolak seorang wanita yang sedang mengendong seorang kanak-kanak dan sangat kasar terhadap wanita hamil.