Antarabangsa

Islamkan Lebih Seribu Orang, Dua Ulama India Didakwa Di Bawah Kanun Keseksaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

UTTAR PRADESH, 26 Julai 2021 – Dua orang ulama India, Umar Gautam dan Mufti Qazi Jahangir Alam Qasm telah ditahan oleh pasukan Skuad Anti Keganasan Uttar Pradesh atas kesalahan mengislamkan lebih seribu orang di sekitar 23 buah mukim.

Pihak berkuasa berikrar untuk memburu seribu orang mualaf tersebut selepas ini sekiranya mereka berjaya memaksa kedua ulama tersebut untuk mendedahkan senarai nama dan alamat mereka.

Menurut Ketua Pengarah Skuad Anti Keganasan Uttar Prades, G K Goswamy, kegiatan dakwah Umar Gautam dan Mufti Qazi itu adalah bertujuan bagi meningkatkan jumlah umat Islam di India sekaligus membantu hasrat kerajaan Pakistan bagi merosakkan negara India.

Ulama tersebut bakal didakwa di bawah Akta Anti Pertukaran Agama Uttar Pradesh, selain kesalahan di bawah kanun keseksaan atas tuduhan menimbulkan permusuhan di kalangan agama, menentang integrasi di kalangan kaum di dalam negara, menghina kepercayaan agama lain dan lain-lain kesalahan lagi.

Razia, isteri Umar Gautam mendedahkan bahawa penahanan suaminya dan Mufti Qazi itu hanyalah usaha kerajaan bagi mengalihkan perhatian rakyat India daripada kegagalan mereka menangani masalah jangkitan wabak Covid-19.

“Sudah ramai orang meninggal dunia disebabkan oleh Covid, ramai lagi yang sudah hilang pekerjaan, namun tumpuan kerajaan ialah pada pemelukan Islam oleh golongan muallaf,” ujar beliau.

Razia juga berkongsikan sejarah bagaimana beliau dan suaminya memeluk agama Islam.

“Suami saya pada asalnya adalah penyembah Hanuman dan akan pergi beribadat di kuil setiap hari Selasa dan Sabtu.”

“Kami pada masa dahulu adalah begitu taat pada agama Hindu sehingga saya digelar oleh orang ramai sebagai ‘Poojita’, yang membawa maksud sebagai ‘orang yang menyembah’.”

Nama asal Umar Gautam sebelum memeluk Islam adalah Shyam Pratap Singh Gautam.

Penghijrahan Umar ke agama Islam berlaku pada tahun 1984, sewaktu beliau menuntut ilmu di Universiti Govind Ballabh Pant. Beliau mempunyai seorang sahabat akrab yang beragama Islam, bernama Nasir Khan.

“Nasirlah yang menghantar suami saya ke kuil setiap minggu dengan motosikalnya,” ujar Razia. “Pada suatu hari, suami saya bertanya kepadanya kenapa setiap minggu Nasir sudi menghantarkannya ke kuil.

‘Demi mencari redha Tuhan,’ jawab Nasir. ‘Agama saya mengajar untuk menjaga mereka yang mempunyai hak ke atas saya.’

“Jawapan ini telah membuka hati suami saya,” kata Rania.

Kemudian, suaminya mengambil masa selama sebulan untuk mengkaji kitab Bible, Gita, dan al-Quran sebelum memeluk agama Islam. Beliau menukar nama baru, Mohd Umar Gautam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: