Tempatan

Arahan Pantau Sistem Siber: Itu Praktis Normal ATM – Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affendi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PETALING JAYA, 18 Mei 2021 – Tular arahan dan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh pentadbir sistem siber ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM atau Cyber Defence Operation Center (CDOC) beberapa hari lalu.

Mengulas mengenai perkara ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affendi Buang memberitahu, aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dipantau bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.

“Bagaimanapun arahan yang dikeluarkan itu adalah sebagai normal praktis kepada aspek peringatan, tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani gangguan pengoperasian sistem siber dan ICT ATM serta Kementerian Pertahanan.”

Langkah-langkah yang dilaksanakan itu bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan Negara.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“PDRM akan terus memantau isu itu dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.”

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati agar bertenang.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: