Islam Agama Persekutuan Tetapi Tidak Mampu Selesaikan Isu Tudung Pramugari Muslim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tidak mampu untuk menyelesaikan isu tiada pilihan untuk bertudung yang dihadapi pramugari Islam di negara ini.
Demikian luahan Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang juga berkata, Malaysia juga mempunyai pelbagai agensi agama, namun malangnya ia bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pramugari Muslim.
BACA JUGA: Hijab & Tunik, Uniform Baharu Krew Kabin Wanita British Airways
BACA JUGA: Kalau Tidak Kerana Masjidil Haram, Tiada Siapa Mahu Ke Arab Saudi
BACA JUGA: Gudang Jenama Terkenal Terbakar, RM100,000 Hadiah Kepada Individu Yang Menjumpai Pelaku
Beliau juga memberitahu bahawa isu ini telah memakan masa bertahun-tahun dan masih lagi tidak dapat meyakinkan beberapa pihak berkaitan, bahawa ianya hak wanita Muslim dan semua wanita untuk memilih pakaian yang selesa, sesuai dan tak mendedahkan mereka pada gangguan seksual.
“Bertahun2 MAS Malaysia, AirAsia, Kementerian Pengangkutan kita tak dapat diyakinkan bahawa hak wanita Muslim (in fact mana-mana wanita) untuk boleh pilih pakaian yang selesa dan sesuai dan tak exposed kan mereka pada gangguan seksual.”
Lebih menyedihkan, dalam perjuangan menegakkan hak wanita dalam isu ini, ia juga memerlukan usaha sehingga dibincang dan dibawa ke mahkamah dan perlu juga meminjam beberapa artikel termasuk dari Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), ujar beliau.
Justeru, Profesor Dr Rafidah Hanim menyarankan supaya Malaysia mempelajari daripada negara-negara luar bagaimana mereka menyelesaikan isu fundamental ini dengan menyertakan tangkap layar laporan British Airways yang telah memperkenalkan pakaian seragam baharu buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun.
British Airways buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun menampilkan hijab dan tunik sebagai salah satu pilihan uniformnya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan British Airways yang dilaporkan samudera.my, koleksi baharu untuk krew kabin itu menyediakan, sut three-piece untuk lelaki dipadankan dengan seluar berpotongan biasa dan slim fit, dress, skirt dan seluar untuk wanita, dan juga jumpsuit moden. Pilihan tunik dan tudung juga telah dicipta untuk carrier global.