Antarabangsa

COVID-19: 67 Juta Kanak-Kanak Terlepas Menerima Vaksin Rutin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 23 April 2023 – Akibat gangguan dan penutupan penjagaan kesihatan berpunca daripada pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu, kira-kira 67 juta kanak-kanak seluruh dunia terlepas daripada menerima vaksin rutin.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan, daripada 67 juta yang terganggu pemberian vaksinasi, sejumlah 48 juta terlepas daripada vaksin rutin penuh, yang mengundang kebimbangan terhadap risiko wabak polio dan campak.

Dalam pada itu, sebuah kajian mendapati kebanyakan negara melaporkan kurang keyakinan terhadap vaksin untuk kanak-kanak selepas permulaan wabak COVID-19.

Walaupun sokongan untuk pemberian vaksin tetap kukuh, di mana hampir separuh daripada 55 negara yang mengkaji lebih 80 responden menganggap vaksin penting untuk kanak-kanak, kajian menunjukkan penemuan faktor ancaman terhadap vaksin.

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

BACA JUGA: Wanita Maut Pulang Dari Masjid, Dilanggar Pemandu Mabuk

BACA JUGA: UMNO Kalah Teruk Sebelum Kerjasama Dengan DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang

Faktor-faktor ini termasuk ketidakpastian tentang tindak balas wabak, peningkatan akses kepada maklumat mengelirukan, penurunan kepercayaan terhadap kepakaran dan polarisasi politik.

Catherine Russell, Pengarah Eksekutif UNICEF berkata, “Pada kemuncak pandemik, saintis dengan pantas membangunkan vaksin yang menyelamatkan banyak nyawa. Tetapi di sebalik pencapaian bersejarah ini, ketakutan dan maklumat yang salah tentang semua jenis vaksin tersebar secara meluas seperti virus itu sendiri.”

“Data ini adalah isyarat amaran yang membimbangkan. Kita tidak boleh membiarkan keyakinan terhadap imunisasi rutin menjadi mangsa wabak lain. Jika tidak, gelombang kematian seterusnya mungkin lebih ramai kanak-kanak yang menghidap campak, difteria atau penyakit lain yang boleh dicegah,” tambah Catherine.

Menurut laporan, pandemik COVID-19 menjadi punca terganggu pengambilan vaksin rutin terutamanya disebabkan permintaan sengit sistem kesihatan, pengalihan sumber imunisasi kepada vaksinasi COVID-19, kekurangan staf kesihatan dan langkah tinggal di rumah.

Justeru itu, bagi menangani krisis vaksinasi kanak-kanak ini, UNICEF menyeru kerajaan menggandakan komitmen mereka untuk meningkatkan pembiayaan imunisasi dan bekerjasama dengan pihak tertentu untuk mencari sumber-sumber yang ada untuk mempercepatkan usaha vaksinasi agar dapat melindungi golongan kanak-kanak dan mencegah wabak penyakit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: