Antarabangsa

Iran Dedah Calon Pilihanraya Presiden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 11 Jun 2024 – Kementerian Dalam Negeri Iran telah mendedahkan senarai terakhir enam calon yang akan bertanding di dalam pilihanraya presiden pada bulan ini. Pilihanraya tersebut bakal diadakan berikutan kematian presiden sebelumnya, Ebrahim Raisi pada Mei lalu.

Calon-calon yang bakal bertanding itu telah diluluskan oleh Majlis Penjaga Iran yang merupakan sebuah panel terdiri daripada ahli agama dan ahli undang-undang yang mempunyai kuasa veto dalam kelulusan undang-undang di dalam parlimen.

Majlis yang sama juga adalah merupakan penentu bagi kelayakan untuk jawatan kepimpinan di republik tersebut.

Nama-nama calon yang telah diluluskan untuk pilihanraya adalah Masoud Pezeshkian, Mostafa Pour Mohammadi, Saeed Jalili, Alireza Zakani, Amirhossein Qazizadeh Hashemi dan Mohammad Bagher Ghalibaf.

Ghalibaf kini merupakan seorang speaker di Parlimen negara tersebut. Beliau yang juga merupakan mantan ketua polis itu telah bertanding untuk jawatan presiden pada tahun 2005 dan 2013. Hashemi pula adalah merupakan timbalan presiden, manakala Zakani pula adalah merupakan datuk bandar bagi Tehran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: