Antarabangsa

IQ Kanak-Kanak Muslim 11 Tahun Atasi Genius Albert Einstein

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 21 November 2022 – Yusuf Shah, kanak-kanak Muslim berusia 11 tahun telah berjaya memperoleh markah 162 dalam ujian IQ mengatasi individu genius Albert Einstein, lapor berita antarabangsa.

Pencapaian tersebut juga mendedahkan IQ Yusuf mengatasi seorang lagi individu iaitu Stephen Hawking, ahli fizik teori Inggeris yang juga merupakan ahli kosmologi. Kedua-dua individu genius ini dikatakan mempunyai IQ yang sama iaitu 160, 2 mata di bawah Yusuf Shah.

Yusuf mengatakan, beliau memutuskan untuk mengambil ujian Mensa selepas sentiasa diberitahu oleh rakan-rakannya mengenai kepintaran yang beliau miliki.

Katanya, “Saya sentiasa ingin tahu sama ada saya berada dalam dua peratus teratas daripada orang yang mengambil ujian itu. Rasanya istimewa untuk memiliki sijil untuk saya dan mengenai saya.”

Dalam pada itu, Yusuf turut berkongsi bahawa beliau gemar melakukan aktiviti yang merangsang otaknya, di samping membuat teka-teki Sudoku dan menyelesaikan kiub Rubik.

Ibunya, Sana juga amat berbangga dengan kepandaian yang dimiliki Yusuf. Walaupun berasa bimbang kerana anaknya itu sering ke dewan untuk mengambil ujian, Yusuf telah melakukannya dengan cemerlang.

Bukan itu sahaja, Sana juga menanamkan dalam diri Yusuf mengenai kepentingan kerja keras tanpa mengira bakat.

Yusuf Shah memiliki cita-cita untuk belajar Matematik di Universiti Cambridge atau Oxford, manakala adiknya Khalid, 8 tahun, berharap dapat mengambil ujian Mensa apabila sudah besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: