Tempatan

Internet Di Kawasan Pedalaman Malaysia: Syarikat Elon Musk Dapat Lesen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – Malaysia telah mengeluarkan lesen kebenaran kepada Starlink, sebuah syarikat komunikasi satelit yang diasaskan oleh Elon Musk untuk menyediakan perkhidmatan internet di negara ini.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, lesen yang diberikan kepada syarikat tersebut adalah untuk penyediaan perkhidmatan internet, khususnya di kawasan-kawasan pedalaman di negara ini.

BACA JUGA: AWAS! Hujan & Ribut Petir Bakal ‘Langgar’ Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Kementerian Sedang Teliti Cadangan Pelaksanaan Cukai Karbon

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram

Dalam kenyataan yang dibuat di laman Facebook, Fahmi turut menyatakan bahawa syarikat yang kini dikendalikan oleh syarikat SpaceX yang juga dimiliki oleh Elon Musk akan memulakan perkhidmatan mereka kepada sekolah-sekolah dan juga institusi-institusi pendidikan.

Menurutnya lagi, Kerajaan juga turut bersedia untuk bekerjasama dengan firma-firma komunikasi satelit termasuk Starlink bagi memastikan 100 peratus liputan internet di kawasan-kawasan berpopulasi.

Ujar Fahmi, sekitar 3 peratus kawasan-kawasan berpopulasi di negara ini menghadapi pelbagai isu dengan akses internet yang disebabkan cabaran geografi dan infrastruktur.

Pengumuman berkenaan lesen tersebut dibuat setelah Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Elon Musk menerusi panggilan telefon tentang isu pelaburan syarikat tersebut di Malaysia.

Pada awal tahun ini juga Kerajaan telah membuat pengumuman tentang kemungkinan pembukaan pejabat syarikat kenderaan elektrik Tesla di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: