Tempatan

Ipoh Dilanggar Puting Beliung Menjelang Tahun Baru Cina

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 31 Januari 2022 – Berpuluh buah rumah rosak dilanggar puting beliung dalam kejadian di Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai, Ipoh, petang semalam.

Kejadian yang berlaku beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina itu bukan sahaja menggemparkan penduduk, tetapi juga menimbulkan rasa cemas dan gerun dalam diri masing-masing.

Menerusi video tular yang berlegar di media sosial, angin kuat yang dibawa puting beliung itu menerbangkan bumbung-bumbung rumah dan menumbangkan pohon-pohon besar dan menghempap rumah-rumah berdekatan.

Menurut penduduk, ini kali pertama kejadian puting beliung paling teruk pernah berlaku di situ.

Sebuah lagi video menunjukkan puting beliung dan taufan dilihat mengganas sebelum reda selepas ahli keluarga sebuah rumah beramai-ramai melaungkan azan.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan anggaran kemusnahan masih tidak dapat dipastikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: