Tempatan

Integriti Hakim: Perlu Selidik Dahulu Baru Ambil Tindakan – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2022 – Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyatakan isu hakim Nazlan yang dibangkitkan pada 20 April oleh Portal Malaysia Today, bersabit dengan dakwaan eligasi kononnya ada sejumlah wang yang dimasukkan berasingan berada di dalam akaun hakim Nazlan dalam tempoh 2012 yang kononnya mungkin mempunyai kaitan kemudahan pinjaman yang dipohon 1MDB pada tempoh yang sama mahupun mempunyai kaitan dengan nasihat Maybank untuk 1MDB wujudkan SRC pada masa itu, perlu selidik terlebih dahulu menurut konsep kedaulatan undang-undang.

Menurutnya, ini masih lagi dakwaan eligasi, ianya masih lagi perlu disiasat, perlu disahkan sama ada eligasi Raja Petra Kamarudin (RPK) di dalam portal Malaysia Today itu ada asas atau tidak.

Jelasnya, kalau ada asas barulah boleh dikatakan kononnya hakim tersebut sedang disiasat. Tetapi kalau penyelidikan dan siasatan awal didapati tiada asas pun RPK cakap perkara macam itu dan berbaur tohmah serta fitnah maka salah untuk sesiapa sahaja, sama ada SPRM ataupun polis mengatakan bahawa mereka sedang siasat hakim Nazlan.

Atau sekurang-kurangnya mereka sepatutnya katakan mereka sedang kaji kandungan aduan portal tersebut terlebih dahulu.

Jadi, di tahap ini apabila Azam Baki membuat satu kenyataan pada 24 April mengatakan SPRM sedang siasat hakim Nazlan, itu menyebabkan secara amnya Majlis Peguam dan beberapa pihak tertentu rasa terkejut bagaimanakah satu pihak berkuasa boleh di peringkat awal tanpa apa-apa siasatan mengatakan mereka sedang atau telah membuka fail siasatan bersabit atau berhubung hakim Nazlan secara khusus.

Haniff berkata, ini bukan berkenaan isu hakim Nazlan semata-mata, tetapi ini isu kedaulatan undang-undang.

Misalnya, kalau ada kes aduan rogol sekalipun, pengadu membuat aduan rogol, pihak berkuasa tidak boleh terus menangkap orang yang dituduh merogol. Perempuan itu akan dihantar untuk pemeriksaan doktor di hospital mengesahkan ada atau tidak kesan-kesan yang selari dengan kejadian rogol, akan ditanya di mana kejadian rogol itu, dan tempat kejadian itu akan dilawati oleh pihak polis kalau ada CCTV maka akan ditonton dan kaji untuk melihat siapakah dia orang yang berada dengan wanita ataupun mangsa tersebut.

“Itu dinamakan mencari asas. Tanpa membuat asas kalau ditangkap sewenang-wenangnya ataupun dikatakan disiasat sewenang-wenangnya itu salah, jadi bukan soal berkenaan hakim Nazlan sahaja.”

“Itu yang perlu kita fahamkan terlebih dahulu.”

Beliau berkata, apabila Majlis Peguam mengatakan bahawa seorang hakim yang masih bertugas semasa berjawatan tidak boleh disiasat oleh pihak berkuasa itu dia tidak begitu setuju.

Jelas Haniff lagi, sebagai pengamal undang-undang dan rakyat Malaysia, tidak ada mana-mana orang atau individu yang berada di atas undang-undang.

Sedangkan, pada awal 90 an, Perlembagaan telah dipinda di mana YDPA, sultan-sultan dan raja-raja pun sekarang boleh disiasat untuk mana-mana aligasi ataupun perbuatan jenayah apatah lagi seorang hakim, walaupun dia bertugas.

“Kita tidak mempunyai undang-undang khusus cara siasatan jenayah berkaitan dengan hakim semasa bertugas seperti di negara lain contohnya di India.”

“Jadi bila kita tidak ada akta khusus maka kita tidak boleh mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak boleh menyiasat sebab apa yang terpakai untuk menyiasat hakim adalah sama dengan undang-undang terpakai terhadap ke semua orang biasa termasuk dengan YDPA dan raja-raja.”

“Ini juga antara sebab mengapa saya tidak setuju dengan pandangan Majlis Peguam, tetapi untuk berlaku adil kepada Majlis Peguam mereka beranggapan bahawa satu-satunya cara untuk menyiasat mana-mana aduan terhadap mana-mana hakim yang masih berjawatan adalah dengan proses yang ada di bawah Perlembagaan, secara khusus Perkara 125 iaitu melalui penubuhan satu tribunal kehakiman.”

“Sekali lagi saya percaya dan saya katakan bahawa Majlis Peguam salah berkaitan perkara tersebut sebab tribunal kehakiman adalah ditubuhkan oleh YDPA atas permintaan Kerajaan sekiranya ada tindak tanduk mana-mana hakim yang terlampau berat dari segi etikanya, moralnya yang perlu dikaji dan buat keputusan sama ada dia wajar dilucutkan jawatan sebagai hakim atau tidak.”

Jadi, tribunal ini secara khusus adalah menjurus kepada perlucutan jawatan dan untuk melucutkan jawatan ianya tidak semestinya isu jenayah.

Ianya, boleh isu moral contohnya seorang hakim yang mabuk dan setiap kali dia mabuk dia akan membuat kacau ganggu di khalayak ramai. Tindak-tanduk seperti itu adalah tindak-tanduk yang walaupun bukan jenayah tetapi tidak beretika untuk seorang hakim membuat perangai-perangai tidak senonoh di hadapan masyarakat.

Jadi itu mungkin akan membolehkan pihak kehakiman mengambil siasatan dalaman, dan jika tindakan-tindakan hakim tersebut terlampau buruk dan perlu sampai mungkin dilucutkan jawatan maka mereka boleh menasihatkan Kerajaan untuk menasihatkan Ynag di-Pertuan Agong mengadakan tribunal kehakiman seperti mana yang berlaku pada tahun 80an, 1988 Tribunal Tun Salleh Abas.

Jenayah pula, kita tidak boleh minta tribunal siasat jenayah sebab tribunal tidak mempunyai bidang kuasa jenayah. Tribunal tidak boleh jatuh hukum, dia cuma berkaitan dengan perlucutan jawatan. Jadi hendak tak hendak, jika pun ada satu unsur ataupun dakwaan jenayah terhadap hakim maka mesti melalui siasatan biasa yang telah saya huraikan di atas seperti mana dilalui oleh orang biasa kerana tribunal tiada bidang kuasa.

Justeru, oleh kerana itulah bagi saya sebagai seorang peguam jika saya dapat hadir untuk EGM pada 27 Mei 2022 ini, maka saya tidak akan bersetuju dengan cadangan yang diusulkan oleh beberapa pihak dalam mesyuarat EGM yang mengatakan untuk meminta usul dipersetujui bahawa peguam-peguam berjalan untuk keadilan “walk for justice”.

“Saya tidak ada masalah dengan “walk for justice” tapi “walk for justice” mestilah “walk for justice” yang betul, dan tepat iaitu kalau pihak polis sudah menyiasat laporan polis hakim Nazlan sendiri pada 21 April dan kemudian membuat keputusan bahawa RPK dan Malaysian Today tiada asas buat eligasi itu, maka baru kemudiannya boleh dianggap eligasi itu sebagai satu serangan tidak wajar terhadap kehakiman. ”

Maka bolehlah kemudian Majlis Peguam adakan satu EMN untuk berbincang isu tersebut. Tetapi di tahap ini, menurut konsep kedaulatan undang-undang, apabila ada aduan seperti itu walaupun nampak tidak munasabah sekalipun, ianya wajar diberi layanan yang sama di bawah konsep kedaulatan undang-undang, iaitu ianya wajar disiasat terlebih dahulu kalau ada asas barulah SPRM dan PDRM boleh mulakan siasatan tapi itupun saya telah syorkan dalam hal seperti ini yang melibatkan isu berkaitan dengan kehakiman dan institusi-institusi penting dalam Perlembagaan, maka Peguam Negara wajar tubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Khas.

Saya telahpun menyatakan perkara tersebut paling awal berkaitan perkara itu tetapi kalau tiada asas untuk Portal Malaysia Today dan RPK, maka Peguam Negara boleh meminta bantuan peguam United Kingdom supaya permohonan dibuat untuk membawa balik melalui proses ekstradisi RPK ke Malaysia supaya beliau boleh menghadap pertuduhan jenayah jika ada keterangan terserlah bahawa laporan tersebut adalah satu penghasutan maka di bawah Seksyen 3 Akta Hasutan ataupun jika ianya berupa fitnah jenayah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan ataupun mana-mana peruntukan lain bergantung kepada siasatan tersebut.

Tapi di tahap ini kalau peguam-peguam di bawah Majlis Peguam hendak menganggap ianya secara semena-mena sebagai satu serangan terhadap kehakiman tanpa siasatan, maka bagi saya itu melanggar proses kedaulatan undang-undang.

Justeru, “Apa pun perkara yang berlaku sudah tentu perlu diselidiki terlebih dahulu baru diambil tindakan,” tegas beliau mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: