Antarabangsa

HAMAS Kutuk Pencerobohan Masjidil Aqsa Oleh Pelampau Yahudi & Tentera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 27 September 2022 – HAMAS menerusi jurucakapnya, Fawzi Barhoum pada Isnin lalu telah mengecam peningkatan kadar perlanggaran Israel terhadap perkarangan Masjid al-Aqsa semasa cuti orang Yahudi.

Pencerobohan tersebut, menurut HAMAS adalah bukti bahawa Israel mengamalkan sentimen perkauman dalam menangani rakyat Palestin.

Barhoum juga pada kenyataan yang sama menyebutkan bahawa pencerobohan sedemikian telah berubah menjadi satu keadaan yang berterusan oleh perbuatan pendudukan yang dilakukan oleh rejim tersebut.

Rakyat Palestin dari sekitar al-Quds, Tebing Barat serta wilayah lain yang diduduki secara haram oleh Israel pada 1948 itu juga diseru oleh HAMAS agar mereka mula bergerak dan berjuang bagi mempertahankan tempat suci umat Islam tersebut.

Negara-negara Arab serta negara Islam juga turut diseru oleh HAMAS untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam pertempuran mereka bagi menentang penjajahan rejim Yahudi di negara kiblat pertama umat Islam tersebut.

Kejadian pada hari cuti Yahudi tersebut menyaksikan ratusan penceroboh mencemari Masjid al-Aqsa sambil mendapat perlindungan daripada tentera haram rejim aparteid Israel serta melakukan tindakan provokatif dengan menjalankan ritual keagamaan mereka di sana.

Sebelum ini, pertubuhan peneroka Israel telah membuat gesaan bagi membolehkan mereka melakukan pencerobohan besar-besaran ke dalam perkarangan Masjid al-Aqsa menjelang hari perayaan orang Yahudi pada tarikh 29 September.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: