Tempatan

Insiden Masjid Sungai Puyu : Polis Buka Kertas Siasatan Bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 02 Julai 2023 – Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara mengesahkan menerima laporan polis berkenaan insiden Masjid Jamek Sungai Puyu pada 28 Jun 2023. Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam kenyataan mereka hari ini, menjelaskan telahpun membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan di atas laporan polis yang dibuat berkaitan insiden seorang pemuda Cina mengarahkan Jemaah Masjid Jamek Sungai Puyu, Seberang Perai, Pulau Pinang, memperlahankan suara azan.

Polis juga dalam kenyataan sama memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mensensasikan insiden tersebut dan menyatakan pihak mereka akan mengambil tindakan sewajarnya. Kenyataan tersebut dikeluarkan Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, SUPT Siti Nor Salawati Binti Saad.

“Pihak Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam. Pihak polis boleh mengambil tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: