Tempatan

Insiden Kecoh Babitkan Menteri Di KLIA: SPRM Dedah Ejen Juga Sudah Larikan Diri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2023 – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyatakan seorang ejen yang telah meminta bayaran daripada seorang warga China yang dinafikan masuk ke negara ini telah melarikan diri daripada pihak berkuasa.

“Kami telah menyemak rekod imigresen, dan sistem menunjukkan mereka telah meninggalkan negara ini,” kata beliau sekali gus mengesahkan pihaknya tidak dapat mengesan ejen dan juga warga China terbabit.

BACA JUGA: Disyaki Pengikut Ahmadi Religion, Polis Berkas Lapan Individu Terlibat Himpunan LGBT

BACA JUGA: KDYMM Pemangku Raja Pahang Sokong Projek Jalan Batal Demi Flora Fauna

BACA JUGA: Dunia Kini Dalam Era Panas Melampau – Setiausaha Agung PBB

“Jika mereka masih berada di dalam negara, kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu kami dalam siasatan,” mohon Tan Sri Azam Baki.

Tambahnya, agensinya turut diarahkan supaya menamatkan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, SPRM sedang memburu seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan “menyelesaikan” kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

Terdahulu, Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan wujudnya rasuah seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: