Tempatan

Dakwaan Dera Pekerja, Warganegara Malaysia Bakal Disenarai Hitam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 – Beberapa individu warganegara Malaysia bakal disenarai hitam dari memasuki Indonesia atas dakwaan penganiayaan terhadap pekerja republik terbabit.

Menurut Duta Besar Indonesia, Hermono, tindakan itu adalah susulan daripada pembebasan Radzuan Abu Hadzim dan isterinya, Rosnajihah Ramli daripada pertuduhan pemerdagangan manusia pada 9 Disember lalu.

Difahamkan, pasangan terbabit menafikan bahawa mereka pernah menggaji pembantu rumah bernama Yati Karyati tujuh tahun lalu dan enggan membayar gajinya.

Kata Hermono, Indonesia akan meneruskan dasar yang menghalang kemasukan majikan yang mendera ini.

“Melarang warga asing dari memasuki wilayah kita bermakna mereka tidak dialu-alukan di negara kita, yang merupakan dasar bersama.”

Jelas beliau, larangan itu tidak akan dikuat kuasakan sekiranya pelaku berdepan keadilan serta membayar hutang gaji kepada pekerja mereka.

“Kami tidak boleh campur tangan dalam proses undang-undang di Malaysia, kerana prosiding mahkamah adalah bebas.”

“Bagaimanapun, jika kami percaya bahawa keputusan mahkamah tidak memberikan keadilan kepada rakyat kami, dan kami bertanggungjawab untuk bertindak mengikut undang-undang dan peraturan kami.”

“Malah Presiden, Joko Widodo sentiasa membangkitkan isu ini setiap kali bertemu pemimpin Malaysia. Malangnya, penderaan terhadap pekerja kita terus berlaku.”

Ujarnya, tindakan itu adalah demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran bukan sahaja untuk kepentingan dua hala kedua negara itu tetapi untuk rantau ini secara keseluruhan.

Beliau turut menekankan bahawa pihaknya terbuka untuk berbincang agar langkah penyelesaian dapat dicapai supaya permasalahan tersebut tidak meruncing sehingga akan memberi kesan kepada hubungan baik antara kedua negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: