Tempatan

Insiden Berbikini Di Pulau Besar, Bekas Kolumnis NYT ‘Ajar’ JAIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – “Saya ditanya oleh @fmtoday jika pihak berkuasa agama Islam di Malaysia harus mengawal apa yang akan dipakai oleh pelancong bukan Islam.”

“Saya berkata tidak, mengingatkan bahawa Al-Quran memberitahu lelaki Muslim untuk “menundukkan pandangan mereka.” Ini bermakna mengawal diri mereka sendiri, bukannya apa yang orang lain lakukan:”

Ini jawapan bekas kolumnis New York Times, Mustafa Akyol dalam isu laporan mengenai rancangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk memasang papan tanda mengingatkan pelancong di Pulau Besar supaya berpakaian sopan susulan insiden tular pelancong warga asing berbikini di pulau itu, baru-baru ini.

BACA JUGA: Bunuh Muslim Yang Murtad Adalah Berdasarkan Norma Empayar Islam – Mustafa Akyol
BACA JUGA: Bukan Semua Yang Diharamkan Agama, Perlu Diharamkan Negara- Mustafa Akyol
BACA JUGA: Tonjolkan Sifat Belas Kasihan Ajaran Islam Terhadap LGBTQ – Mustafa Akyol

Tegas Mustafa, walaupun Al-Quran menetapkan wanita Islam untuk menjaga kehormatan mereka, norma Islam seperti itu tidak boleh dikenakan ke atas wanita yang berbeza tradisi agama dan pandangan dunia.

Pada masa yang sama, katanya, Al-Quran juga menyuruh lelaki Islam “menundukkan pandangan mereka”.

“Dalam erti kata lain, ia memerintahkan lelaki Islam untuk menahan diri daripada melihat mana-mana adegan yang mungkin tidak sesuai secara moral untuk mereka, bukan menghapuskannya.”

Justeru, Felo Senior di Cato Institute Center for Global Liberty and Prosperity itu sekali lagi menegaskan bahawa orang Islam tidak sepatutnya mengenakan norma Islam khusus kepada orang bukan Islam.

“Jadi, sebagai seorang Muslim, saya percaya kita harus mengikuti garis panduan etika kita sendiri seperti yang kita percayai, tetapi jangan memaksakannya kepada orang lain melalui undang-undang.”

Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya akan membincangkan enakmen baharu larangan memakai baju mencolok mata di Pulau Besar susulan insiden tular pelancong warga asing berbikini di pulau itu, baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: