Tempatan

Insentif Diskaun PTPTN Berakhir 31 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2023 – Diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20% bakal berakhir pada 31 Mei ini, maklum PTPTN.

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, pemberian insentif tersebut telah bermula sejak 1 Mac lalu meliputi empat kategori seperti mana yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Belanjawan 2023.

BACA JUGA: YPPM Gesa Isytihar Pondok Pesantren Di Jawa Barat Sebagai Sesat

BACA JUGA: 200,000 Bangladesh Di Malaysia Tiada Dokumen, Bangladesh Bakal Jadi Bangsa Minoriti?

BACA JUGA: Cuaca Panas: Aktivis Gesa Tindakan Realistik Diambil

“Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang.”

“Selain itu diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik dan juga diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN,” ujarnya.

Menerusi laman Facebook, PTPTN menyatakan bahawa para peminjam boleh menemui PTPTN di semua cawangan perbadanan itu dan lokasi kaunter promosi terpilih seluruh Malaysia.

“Jom temui kami di semua cawangan PTPTN dan lokasi kaunter promosi terpilih seluruh Malaysia untuk dapatkan khidmat nasihat bayaran balik pinjaman serta rebut peluang nikmati diskaun ini sebelum tamat. “

“Semak lokasi di sini: https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/” kata PTPTN lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: