Antarabangsa

Kemelesetan Ekonomi: 28 Negara ‘Beratur’ Untuk Pinjam Dana IMF

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 16 Oktober 2022 – Sebanyak 28 negara sedang menunggu giliran untuk meminjam dana daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berikutan krisis kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memaklumkan sedemikian sekali gus meluahkan kebimbangan beliau mengenai situasi semasa ekonomi dunia.

Lapor berita tempatan, beliau berkata, “Saya dimaklumkan oleh pihak berkaitan terdapat 28 negara sedang menunggu giliran untuk meminjam dana dari IMF. Badai ekonomi sudah datang, kita perlu mempersiapkan negara supaya Indonesia tidak termasuk dalam senarai yang berikutnya (pinjam dana dari IMF).”

Sehubungan itu, Jokowi menegaskan agar kerajaan Indonesia bertindak lebih agresif daripada biasa dan tidak boleh ‘bersenang-lenang’ dengan situasi semasa. Beliau juga menyeru semua pihak agar saling berganding bahu dalam memastikan ekonomi negara itu berada pada tahap stabil.

“Kita akan teliti semua sektor berkaitan ekonomi untuk lihat apakah jalan terbaik bagi memastikan Indonesia tidak tergolong dalam senarai peminjam dana IMF. Saya akan adakan mesyuarat dengan semua badan berkaitan berhubung perkara ini,” ujarnya.

Beliau turut menekankan supaya Indonesia mengambil langkah awal yang konkrit sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk kemelesetan ekonomi yang menggerunkan negara di seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: