Tempatan

“Ini Ialah Kes Natrah Kedua Dalam Negara Kita” – Mohd Zai Mustafa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – Mohd Zai Mustafa, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggambarkan isu akidah tiga kanak-kanak yang telah diislamkan ini seperti kes Natrah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

“Kita bersolidariti kes ini ialah kes Natrah yang kedua dalam negara kita!” tegasnya.

Beliau menyeru agar umat Islam bersatu terutamanya para pemimpin termasuklah pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), agama, umat Islam dan juga politik yang seharusnya mempertahankan akidah tiga anak ini, yang telah diislamkan oleh Mufti Perlis dan juga Majlis Agama Islam Perlis.

Beliau menuntut kepada pihak polis supaya menjalankan siasatan ke atas P Ramasamy yang mengeluarkan kenyataan ‘liar’ bertujuan membuat provokasi kepada Majlis Agama Islam Perlis dan mufti negeri tersebut, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), tindakan P Ramasamy dilihat tidak menghormati undang-undang apabila telah mengeluarkan kenyataan yang menggunakan istilah penculikan, paksaan, manipulasi dan sebagainya dalam kes melibatkan anak Loh Siew Hong ini.

Awal pagi tadi, ratusan pemimpin NGO Islam telah berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan solidariti mereka untuk mempertahankan akidah anak-anak Nagashwaran yang dituntut oleh ibu mereka, Pn Loh Siew Hong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: