Tempatan

Ini Bukan Masa Rebut Kuasa. Harus Lebih Prihatin – Tengku Hassanal

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 11 Ogos 2021 – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ketika ini bukan masa sesuai untuk merebut kuasa dan menimbulkan persengketaan.

Sebaliknya umat Islam diingatkan agar mementingkan sikap bersatu padu dan tolong-menolong terutama dalam keadaan wabak pandemik Covid-19 yang masih menyerang.

Sehubungan itu, rakyat harus bertindak lebih prihatin dengan keadaan masyarakat sekeliling khususnya yang memerlukan bantuan di musim pandemik ini.

“Pepatah ada berkata, jangan jaga tepi kain orang, mungkin sudah tidak lagi relevan ketika ini. Kita kena sentiasa prihatin kepada kejiranan masing-masing dan berikanlah bantuan bersesuaian kepada mereka yang memerlukan.”

Tambah baginda, agensi kerajaan mahupun swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sesiapa sahaja perlu cakna dengan keadaan semasa.

“Saya tidak mahu ada rakyat di negeri ini terpinggir dan berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai makanan serta keperluan asas mencukupi untuk meneruskan kehidupan.”

“Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil bagi kita tetapi pada mereka yang susah ia amat besar nilainya.”

Titah ini disampaikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada majlis perasmian sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang yang diadakan secara dalam talian, semalam.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button