Tempatan

Ini Bukan Kali Pertama Hati Umat Islam Diguris SUHAKAM – Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 9 April 2021 – “Ini bukan pertama kali berasa tidak selesa dengan beberapa kenyataan SUHAKAM dan di sini saya nampak sememangnya Civil Society Organisation (CSO) dan juga NGO terutama yang berkaitan dengan agama Islam ini sememangnya mereka adalah third force ataupun satu pasukan untuk memastikan perasaan umat Islam ini dijaga dan juga menjaga peranan Ketua Agama itu sendiri serta menjaga kedudukan Islam”.

“Saya nampak kenyataan yang menggambarkan kepercayaan hidup Islam dan juga kedudukan kemoralan dan sistem kehidupan Islam itu pastinya kalaulah ia dinyatakan secara terus terang begitu, pastinya mendatangkan rasa tidak selesa dan terguris perasaan orang Islam itu sendiri. Tambah-tambah lagi dengan keadaan semasa banyak kes-kes yang melibatkan undang-undang Islam dan juga perasaan umat Islam. Jadi sudah tentulah kita akan mengaitkan dengan autoriti-autoriti agama Islam itu sendiri. Dalam hal berkaitan dengan hak asasi contohnya ia sentiasa menjadi satu pertembungan antara kenyataan-kenyataan SUHAKAM dan perasaan umat Islam”.

Demikian, reaksi Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz kepada soalan moderator Analisis TV Alhijrah mengenai tindakan Dato’ Dr Madeline Berma sebelum ini yang mencadangkan agar pekerja seks diberikan hak asasi di Malaysia agar mereka tidak lagi didiskriminasi telah mencabar kedudukan agama Islam sekaligus mencabar YDPA yang telah bersumpah untuk memelihara kesucian agama Islam yang merupakan Agama Negara.

Tambah Penyandang Kursi, Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM itu, adalah perkara normal dan fitrah bagi umat Islam itu sendiri apabila suatu yang bercanggah dengan cara hidup mereka pastinya mereka akan menunjukkan rasa tidak selesa itu dan juga perlu diberi perhatian oleh mana-mana NGO, CSO dan juga SUHAKAM. Walaupun SUHAKAM bukanlah CSO tapi semua institusi negara kita ini termasuklah SUHAKAM perlulah menghormati perasaan umat Islam dan juga institusi-institusi agama Islam.

Sekali lagi ditegaskan oleh Prof Datuk Dr Shamrahayu, “Ini bukan pertama kali, tetapi ini sudah beberapa kali sebelum ini sebenarnya”.

“Jadi sesetengah umat Islam itu sudah ada pandangan terhadap SUHAKAM yang biasa memperjuangkan hak asasi yang tidak menghormati peruntukan-peruntukan berkaitan Islam, kedudukan Islam dan peranan YDPA”.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button