Tempatan

Ingkar ‘Bond’ Parti, Mahkamah Arah Mantan Naib Presiden PKR Bayar RM10 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2023 – Mahkamah Tinggi membenarkan parti PKR menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamarudin kerana keluar parti selepas menggunakan nama dan logo parti ketika bertanding dan menerima faedah atas kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hakim, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu berhubung saman difailkan PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada 28 September 2020.

BACA JUGA: Negara Berdepan Masalah Bekalan Ayam Bermula Ogos Ini

BACA JUGA: Projek ECRL: 41 Orang Asli Sedia Pindah

BACA JUGA: Demam Denggi Dijangka Meningkat Menjelang PRN, Raya Haji

Menurut saman tersebut, Zuraida didakwa telah melanggar suatu bon mengikat dirinya untuk membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Bagaimanapun, pada 24 Februari 2020, Zuraida yang dinamakan sebagai defendan tunggal bersama 10 Ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan perletakan jawatan dari parti itu tanpa meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bahagian Ampang dan kemudian membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dengan parti-parti pembangkang BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan yang lain.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa defendan telah melanggar bon yang telah ditandatangani dan berdasarkan peruntukan Seksyen 71 Akta Kontrak 1950, PKR mempunyai hak untuk mendapatkan kesemua faedah yang dinikmati atau akan dinikmati oleh Zuraida setelah menjadi Ahli Parlimen Ampang.

PKR dengan itu menuntut Zuraida membayar RM12,049,459.20 mengikut Seksyen 71 Akta Kontrak, faedah lima peratus setahun, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: