Tempatan

Penghakiman Mahkamah Tidak Patuh Syariah: Memorandum PEMBELA Kebangsaan Kepada Majlis-Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Mac 2022 – Hari ini, NGO-NGO Islam yang bernaung bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA Kebangsaan) secara serentak menyerahkan Memorandum berkaitan isu “Penghakiman Mahkamah Tidak Patuh Syariah” kepada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) di seluruh Malaysia.

Hal ini bangkit susulan beberapa penghakiman kes yang PEMBELA percaya tidak selari dengan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, sebuah peruntukan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama bagi Persekutuan.

“Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) menzahirkan rasa dukacita dan gusar walaupun jelas Islam adalah Agama bagi Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, namun penghakiman-penghakiman mahkamah yang dibuat seolah-olah tidak menggambarkan keadaan sedemikian.” Menurut memorandum tersebut.

PEMBELA turut menyenaraikan beberapa contoh kes yang dianggap tidak selari dengan Perkara 3 Perlembagaan yang disebutkan di atas, berikut kenyataan dalam memorandum tersebut:

“i.9/4/2019 Menarik balik larangan kepada buku G25 ‘Breaking the Silence: Voices of Moderation Islam in a Constitutional Democracy’ dan membenarkan ianya disebarkan.

ii. 4/12/2020 Membuat keputusan bahawa S28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang mengharamkan seks luar tabii sebagai tidak sah.

iii. 5/2/2021 Membuat keputusan bahawa Mahkamah Sivil berhak mendengar kes individu (Rosliza Ibrahim) yang mendakwa mereka ‘bukan Islam dari awal’, manakala Mahkamah Syariah berhak eksklusif mendengar kes individu yang mendakwa mereka ‘bukan lagi Islam’.

iv. 28/5/2021 Mengambil pendirian bahwa anak luar nikah boleh dinisbahkan kepada bapa dalam isu kewarganegaraan.

v. 12/2021 Memutuskan pengislaman 2 orang anak wanita Cina mualaf sebagai tidak sah kerana terikat dengan kes Indira Gandhi.

vi. 1/2022 Memutuskan pengislaman 5 orang anak tidak sah dan mengekalkan prinsip berkaitan unilateral conversion dari kes Indira Gandhi.

vii. 2/2022 Memutuskan beberapa hal yang merugikan sistem kehakiman Islam: S66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagai tidak sah. Menghalang Mahkamah Syariah dari mempunyai bidang kuasa semakan kehakiman. Meletakkan Mahkamah Syariah sebagai subsidiary dan bukannya sebuah parallel system kepada Mahkamah Sivil.

viii. 2/2022 Mengarahkan supaya 3 anak mualaf Muslim diserahkan hak penjagaan kepada ibunya yang bukan Muslim.

ix. Memutuskan penarikan larangan kepada buku ‘Gay is OK!’ dan dibenarkan untuk disebarkan.”

Dalam masa sama, PEMBELA turut memohon supaya MAIN mempersembahkan hal ini kepada Raja-Raja supaya Mahkamah Syariah dapat dipelihara.

“Kami ingin memohon agar Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dapat memainkan peranan aktif menyembah maklum ke bawah Duli Tuanku sebagai Ketua Agama agar membuat tindakan yang sewajarnya bagi menghentikan ‘pembantaian’ terhadap Mahkamah Syariah serta memastikan penghakiman-penghakiman yang dibuat adalah selari dengan Hukum Syarak.” Tegas memorandum tersebut.

Selain itu, PEMBELA juga menggesa supaya sistem kehakiman Syariah diperbaik dan supaya prinsip Syariah diarusperdanakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: