Tempatan

Info 30 Banduan Lolos, Respons Ketua Polis Melaka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 29 Julai 2022 – Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit menegaskan bahawa mesej yang tular di aplikasi WhatsApp mendakwa 30 banduan telah lolos dari Penjara Sungai Udang yang kononnya berlaku dua hari lalu adalah palsu.

Susulan itu, laporan polis akan dibuat terhadap isu ini.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas mendapat pengesahan dari Penguasa Penjara, Superintendan Mohd. Saizi Ibrahim.

Sebuah portal tempatan melaporkan, satu sekatan jalan raya akan diadakan secara berterusan di kawasan Sungai Udang, Masjid Tanah dan beberapa kawasan sekitarnya.

Ia berikutan tularnya satu mesej di WhatsApp mendakwa seramai 30 banduan dari Penjara Sungai Udang telah lolos antara pukul 9 pagi sehingga 11 pagi Rabu baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: