Antarabangsa

Inflasi Turki Bakal Cecah 65% Hujung 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 05 September 2022 – Turki menjangkakan inflasi negara itu berkurangan daripada hampir 80 peratus pada Julai kepada 65 peratus menjelang akhir tahun, manakala defisit akaun semasa dilihat pada USD47.3 bilion pada 2022.

Ramalan menunjukkan bahawa inflasi akan jatuh mendadak kepada 24.9 peratus pada akhir 2023, berdasarkan program jangka sederhana, atau OVP.

Lapor portal antarabangsa, model ekonomi baharu yang diperkenalkan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengutamakan pertumbuhan, eksport, pekerjaan dan pelaburan sambil berusaha untuk mengurangkan kadar faedah.

Model tersebut bertujuan untuk menukar defisit akaun semasa kronik Turki kepada lebihan, namun kenaikan harga global menyebabkan sasaran itu sukar dicapai.

Defisit perdagangan untuk 2022 dilihat pada USD105 bilion, lebih daripada dua kali ganda jumlah tahun lepas dan dijangkakan mengecil kepada USD80 bilion pada 2023.

Selain itu, defisit akaun semasa dijangka berjumlah USD47.3 bilion pada 2022, iaitu lebih daripada tiga kali ganda paras pada 2021 akan menjadi defisit tahunan tertinggi sejak 2013 namun mengecil kepada USD22 bilion pada 2023.

Bagi defisit belanjawan pula dilihat lebih tinggi secara mendadak kepada USD25.4 bilion pada 2022 walaupun terdapat bajet tambahan tahun ini dan dilihat melebar kepada USD36.2 bilion pada 2023.

Tidak termasuk pendapatan dan aliran keluar disebabkan faedah, serta beberapa faktor lain, defisit dilihat pada 294.3 bilion lira pada 2022 dan 323.6 bilion lira pada 2023

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: