Tempatan

Tubuh Pasukan Bomba Komuniti, Beri Pendedahan Bantuan Kecemasan Pada Penduduk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 24 April 2023 – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching mencadangkan agar ketua-ketua balai bomba bersama-sama dengan wakil penduduk di negeri itu untuk mewujudkan lebih banyak pasukan bomba komuniti di kawasan perumahan masing-masing supaya penduduk diberikan pendedahan awal mengenai bantuan-bantuan kecemasan sekiranya berlaku insiden.

Kata beliau, langkah sedemikian dapat memberikan pendedahan awal berhubung bentuk bantuan kecemasan sebelum ketibaan pasukan bomba serta pasukan penyelamat yang lain.

BACA JUGA: UMNO Kalah Teruk Sebelum Kerjasama Dengan DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang

BACA JUGA: JAIPs Perlu Perjelas Akaun FB Atas Nama Mereka – Ust Wadi Annuar

BACA JUGA: SKMM Pantau Penjualan Alat Ganti Motor Atas Talian

Kenyataan beliau ini adalah sewaktu penyampaian ucapan majlis pelancaran kempen keselamatan kebakaran sempena musim perayaan bersama pengusaha-pengusaha hotel anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak di Hotel Casuarina@Meru.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar semua agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta serta badan-badan sukarela yang lain untuk bekerjasama dalam menyediakan sistem pengurusan bencana.

Hal ini kerana, kata beliau, cuaca serta faktor alam ketika ini sering berlaku di luar jangkaan semua pihak.

“Oleh itu, semua agensi penyelamat mesti bersiap siaga pada bila-bila masa diperlukan sama ada dari bentuk keanggotaan mahupun kelengkapan logistik,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: