AntarabangsaEkonomi

Inflasi di Amerika – Bank Hilang Banyak Deposit

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 September 2022 – Bank-bank di Amerika Syarikat (AS) telah mengalami penyusutan jumlah deposit sehingga 370 bilion USD pada suku kedua tahun ini sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Wall Street Journal pada Selasa lalu.

Mengutip daripada data yang diperolehi daripada Perbadanan Deposit Insuran Persekutuan, kejatuhan atau penyusutan ini adalah yang pertama kali berlaku sejak tahun 2018.

Menurut laporan tersebut, sehingga 30 Jun tahun ini, jumlah keseluruhan deposit telah jatuh sehingga 19.563 trilion USD, menurun daripada 19.932 trilion USD pada bulan Mac.

Wall Street Journal menjelaskan bahawa kebiasaannya jumlah deposit yang terdapat di dalam sistem perbankan adalah stabil secara relatif. Namun kini, kadar yang ditetapkan oleh Federal Reserve telah meningkat beberapa kali dan mengakibatkan pengeluaran wang keluar daripada sistem.

Kesan daripada kenaikan kadar oleh Federal Reserve juga telah mengurangkan permintaan untuk membuat hutang baharu dan meningkatkan permintaan bagi bon kerajaan.

Laporan yang sama juga telah menyatakan bahawa kenaikan kadar yang ditetapkan oleh Federal Reserve juga meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan. Perkara ini mengakibatkan kesan yang lebih nyata terhadap jumlah deposit.

Beberapa ahli ekonomi telah membuat analisa dan menjangkakan bahawa kemerosotan kadar deposit pelanggan ini akan menyebabkan bank-bank di AS terpaksa memegang jumlah rizab yang lebih kecil di Bank Pusat.

Leave a Reply

Back to top button